Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman, keupayaan jadi sandaran Presiden era baru: Tharman

Aug 24, 2023 | 07:30 PM



Calon Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata sekiranya dipilih menjadi ketua negara, beliau berjanji akan membawa pengalaman dan keupayaannya di peringkat tempatan, nasional, dan antarabangsa untuk berkhidmat sebagai Presiden dalam era baru yang lebih mencabar.

Beliau berjanji akan memberi perhatian utama kepada peranan Presiden yang sedia termaktub iaitu untuk berkhidmat sebagai tokoh penyatuan di dalam negara, dan memajukan kepentingan Singapura di luar negara.

Beliau juga akan memanfaatkan pengetahuan dan reputasinya untuk berfikir secara bebas bagi memenuhi tugas perlembagaan tambahan Presiden Dipilih iaitu untuk melindungi rizab dan kewibawaan perkhidmatan awam.

Encik Tharman menyatakan demikian dalam perutusannya sebagai calon Presiden yang disiarkan di saluran utama televisyen dan radio tempatan pada Khamis (24 Ogos).

Mantan menteri kanan itu adalah calon kedua berucap.

Encik Tharman berkata, beliau mahu mengukuhkan budaya menghormati semua rakyat Singapura.

“Ia tidak boleh dicapai dari peringkat atasan. Menjadi misi saya untuk menyokong daya usaha di peringkat bawahan yang membangunkan penghormatan ini untuk semua,” katanya yang menyenaraikan perkara dan orang-orang yang perlu dihormati seperti agama, warga emas, kemahiran dan pekerjaan.

Kedua, jika dipilih sebagai Presiden, Encik Tharman akan menggunakan pengalamannya dalam pemerintah dan kedudukan antarabangsanya untuk mempromosikan kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin bergolak.

“Kita tidak boleh menjadi sebuah negara kecil sahaja. Saya telah mengibarkan tinggi bendera Singapura di peringkat antarabangsa selama bertahun-tahun, dan akan berusaha secara aktif untuk mengukuhkan kerjasama yang sedia ada dan membina kerjasama yang baru,” katanya.

Seterusnya, Encik Tharman berkata beliau akan bersikap teliti dan saksama dalam memenuhi tugas-tugas perlembagaan yang perlu didukung Presiden berkenaan dengan penggunaan rizab negara secara berhemah, dan memastikan Singapura mempunyai perkhidmatan awam yang jujur dan baik.

“Dalam memegang ‘kunci kedua’ kepada rizab kita, saya akan pastikan ia digunakan untuk kepentingan generasi dewasa hari ini yang masih bekerja atau bersara, serta golongan muda yang belum boleh mengundi, dan generasi masa depan rakyat Singapura,” katanya yang berpengalaman memimpin dasar-dasar kewangan pemerintah ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan, pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dan pengerusi Jawatankuasa Strategi Pelaburan GIC.

Beliau juga akan membawa lebih daripada kepakaran dan pengalaman yang mendalam bagi manfaat rakyat dan negara.

“Saya juga membawa orientasi yang lebih asas: kebebasan fikiran yang saya pegang sepanjang hidup saya, dan kepercayaan saya bahawa kita boleh menjadikan Singapura masyarakat yang lebih adil dan lebih baik. Saya dikenali dengan perkara ini di dalam dan di luar pemerintah,” katanya.

Encik Tharman berkata, dasar-dasar pemerintah adalah penting tetapi masyarakat yang adil dan inklusif memberi kesan lebih mendalam.

“Ia mengenai kita semua. Ia mengenai rasa hormat dan persahabatan yang kita bina antara satu sama lain. Tidak kira latar belakang dan pendidikan kita. Tidak kira bangsa atau agama, atau perbezaan-perbezaan yang lain,” kata Encik Tharman.

“Dan ia mengenai pemahaman jika ada yang hilang harapan, yang lain akan terkesan, menjadi kurang semangat sebagai rakyat Singapura. Kita mesti lebih bersatu padu sebagai rakyat Singapura, supaya kita saling membina antara satu sama lain,” tambahnya. – NUR DHUHA ESOOF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >