Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PILIHAN RAYA PRESIDEN

Pengalaman selaku Menteri Kewangan ada kelebihan: Tharman

Aug 29, 2023 | 10:45 PM



Calon Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata pengalaman beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan adalah satu kelebihan jika beliau dipilih menjadi Presiden.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada hujah pesaingnya, Encik Ng Kok Song, yang berkata adalah sukar untuk seseorang yang menetapkan sesuatu sistem untuk mencabar sistem tersebut.

Dengan komennya itu, Encik Ng melahirkan kebimbangan beliau terhadap perlindungan rizab negara, apabila mantan Menteri Kewangan yang menetapkan peraturan rizab kini beraspirasi menjadi Presiden.

Encik Tharman pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan.

Bercakap kepada media pada Selasa petang sebelum melawat penduduk Sengkang di Sengkang Kopitiam Square, Encik Tharman membalas komen Encik Ng dengan berkata:

“Saya rasa pengalaman saya sebagai Menteri Kewangan adalah satu kelebihan.

“Saya terlibat dalam membentuk peraturan untuk keseluruhan sistem baru pendapatan bersama daripada rizab yang dipanggil Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC). Ini adalah kelebihan utama,” ujar Encik Tharman.

Beliau menambah bahawa sebelum 2008 di bawah sistem lama, hanya sekitar $3 bilion yang dimasukkan kepada Belanjawan pemerintah.

Tetapi di bawah sistem baru iaitu NIRC, jumlah pendapatan pelaburan yang Singapura memperoleh adalah kira-kira $23 bilion, katanya.

“Tetapi jika seseorang memohon saya untuk melonggarkan peraturan supaya kita boleh berbelanja lebih, adakah ia satu kelebihan atau kekurangan yang saya memahami peraturan secara menyeluruh dan saya tahu sistem luar dalam?

“Jelas sekali ia satu kelebihan. Tiada siapa boleh menipu saya. Saya bukan sahaja tahu sistem, saya tahu rasional bagaimana kami mencapai peraturan ini,” jelas Encik Tharman.

Apabila ditanya tentang pendapatnya mengenai warga Singapura yang ingin sengaja merosakkan undi mereka, Encik Tharman berkata ia adalah sangat malang.

Mantan Menteri Kanan itu berkata ini mungkin kerana Pilihan Raya Presiden telah dipolitikkan dan beliau berkata warga Singapura mempunyai peluang untuk menunjukkan sokongan politik mereka pada pilihan raya umum, bukannya pada pilihan raya presiden.

“Saya menghormati pengundian semua orang, walau apa cara sekalipun mereka memutuskan untuk melakukannya. Saya menggesa semua orang untuk memandang serius perkara ini.

“Ini tentang masa depan kita. Akan ada pilihan raya umum yang akan datang, di mana orang ramai akan mempunyai peluang untuk memilih parti politik mana mereka mahu menyokong,” tambanya.

“Saya hanya di sini untuk berkhidmat kepada setiap warga Singapura dan jika saya cukup bernasib baik untuk dipilih, saya juga akan berkhidmat untuk mereka yang tidak mengundi untuk saya,” kata Encik Tharman.

Encik Tharman turut berkata bahawa beliau percaya bahawa warga Singapura menilainya berdasarkan sejarah perkhidmatan beliau yang sangat panjang, apa yang beliau pertahankan dan bukannya menilai beliau berdasarkan apa yang beliau telah lakukan selama sembilan hari lalu.

Apabila ditanya apa rancangan beliau untuk mempromosikan diri memandangkan Hari Mengundi semakin hampir, Encik Tharman berkata:

“Rancangan permainan saya sama sahaja seperti biasa. Rancangan saya berbeza daripada calon lain kerana saya sudah berkhidmat untuk bertahun.

“Saya bukan seorang yang membuat perancangan taktikal terperinci di tengah-tengah kempen pilihan raya.

“Saya teruskan menjadi diri saya sendiri untuk bertemu seberapa ramai orang yang saya boleh, itu sahaja,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >