Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman unik di Rumah Terbuka RSAF sempena ulang tahun ke-55

Aug 15, 2023 | 05:51 PM



Rumah Terbuka Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) kembali selepas tujuh tahun sempena sambutan ulang tahun ke-55 angkatan itu.

Acara itu akan diadakan pada hujung minggu 9 dan 10 September di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Selain pameran klasiknya dan penerbangan pengenalan, RSAF akan melancarkan konsep unik baru yang dipanggil ‘fizikal-digital’, atau phygital.


Phygital adalah sebuah aplikasi web digital membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat dan mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif.


Pengguna boleh mendaftar akaun baru dan mencuba aktiviti yang tersedia untuk mula mendapatkan syiling digital dan mata pengalaman (experience point – XP). Dengan syiling digital dan XP itu, pengguna akan mendapat hadiah seperti Beruang Kapten Ted dan ganjaran seperti laluan cepat, atau fast pass, di Rumah Terbuka RSAF.


RSAF juga akan memperkenalkan pengalaman yang lebih digital dengan sebuah tag akan diberikan pada hari Rumah Terbuka itu.

Pengguna dapat menggunakan tag tersebut untuk beratur secara digital bagi tarikan yang lebih digemari ramai, seperti kemasukan ke dalam kokpit pesawat dan simulator. SMS akan dihantar kepada mereka apabila tiba giliran mereka.

Penampilan lain di acara tersebut termasuk sebuah pengangkutan tanker berbilang guna A330 (MRTT), yang merupakan tanker generasi akan datang, termasuk menjalankan proses mengisi minyak semasa di udara dan menyokong misi evakuasi aeroperubatan.


Dengan kapasiti maksimum yang mampu mengangkut sehingga 111,000 kilogram minyak, ia boleh dikendalikan dua juruterbang dan seorang operator mengisi minyak di udara.

Elemen lain yang menjadi kegemaran ramai termasuk pameran statik turut membuat penampilan.







Pesawat lain termasuk helikopter Chinook CH-47SD, pesawat pengangkutan C130, Fokker 50 dan pesawat DA40 Kelab Penerbangan Belia Singapura, yang hanya boleh membawa tiga penumpang.

Sejumlah 2,500 tiket menanti untuk diperolehi menerusi undian FormSG yang disediakan dalam saluran media sosial RSAF sehingga tengah hari pada 22 Ogos.

Mereka yang berjaya mendapatkan tiket akan berpeluang menaiki MRTT pada 9 dan 10 September di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Orang ramai yang akan mengundi menerusi FormSG boleh memohon sehingga empat tiket, meskipun mereka hanya layak untuk satu peluang undian.

Semua permohonan yang sah akan disalur menerusi sistem undian elektronik, dengan tarikh, masa dan jenis pesawat dipilih secara rambang.

Keputusan undian itu, hadiah dan peraduan akan diumumkan pada akhir Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >