Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penganjur Jualan Mega Raya gagal dapat lesen SFA ikut jadual

SFA gantung 24 gerai makanan dan trak makanan kerana tidak punyai lesen
Mar 13, 2023 | 05:30 AM



PENGANJUR Jualan Mega Hari Raya 2023, Megaxpress International Pte. Ltd, di dewan 5A Singapore Expo telah bermohon mendapatkan lesen bagi vendor makanannya dari Agensi Makanan Singapura (SFA) tetapi ia tidak dapat diluluskan mengikuti jadual.



Pengurus projek kanan syarikat tersebut, Encik Mohamad Fadzlin Mohd Yusof, ketika dihubungi Berita Harian (BH) menjelaskan bahawa berdasarkan pengetahuan mereka, gerai-gerai yang digantung itu hanya akan menjual barangan yang sudah dibungkus sahaja, yang menurut pengetahuannya, tidak memerlukan lesen.



Namun, pada pagi hari pertama pameran tersebut pada Jumaat, Encik Fadzlin berkata pihaknya mendapati bahawa ramai dalam kalangan mereka sebaliknya sedang memasak.



Pada Sabtu, SFA menyatakan sebanyak 24 gerai makanan dan trak makanan digantung kerana tidak mempunyai lesen yang sesuai untuk perniagaan mereka.



SFA berkata pegawainya pada Jumaat menemui 21 gerai makanan dan tiga trak makanan beroperasi tanpa lesen di Dewan 5A. Siasatan awal juga mendapati terdapat pengendali makanan yang tidak berdaftar yang bekerja di gerai makanan itu.



Pameran tiga hari itu berlangsung sehingga Ahad.



"Kami tahu jika anda memasak, anda perlu mendapatkan permit. Dengan niat baik, kami membuat permohonan bagi mereka, tetapi oleh kerana ia lambat ketika kami menyerahkan permohonan, SFA tidak dapat meluluskannya tepat pada waktu," ujar Encik Fadzlin yang menambah bahawa pihak beliau telah memberitahu para pegerai untuk berhenti memasak.



Setelah menyerahkan permohonan pada pagi Jumaat, Encik Fadzlin berkata sebelum waktu solat Jumaat, sekitar 14 pegawai SFA tiba di pameran tersebut.



Beliau menambah bahawa SFA memberitahu pihaknya siasatan sedang dijalankan dan disebabkan itu permohonan mereka bagi lesen tersebut tidak dapat diproses.



Di bawah Akta Kesihatan Awam Sekitaran, semua pengendali pameran sementara perlu mendapat permit daripada SFA sepanjang tempoh pameran.



Permohonan patut diserahkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh permulaan. Kedai makanan dan minuman di pameran sementara juga diperlukan untuk mendapat lesen daripada SFA dan mempunyai pengendali makanan yang telah lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1 yang wajib.



Menurut Encik Fadzlin, kebanyakan kedai yang digantung adalah daripada Malaysia sementara yang lain berpangkalan di Singapura.



"Saya rasa semua orang terjejas, tetapi perniagaan adalah seperti itu. Kadang kita menang, kadang kita kalah tetapi kami menanti-nantikan (pameran) yang seterusnya.



"Kami akan mempunyai sistem lebih baik, menyiapkan semua jauh lebih awal, dan mendapat kelulusan lebih awal. Sekarang, semua vendor makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, kami akan perlukan mereka untuk memohon lesen," ujarnya.



Beliau menambah pihaknya telah membayar semula semua gerai yang terjejas sekitar 80 peratus daripada bayaran mereka.



Antara peniaga yang terjejas ialah Restoran Mihrimah. Pengurus acara restoran itu yang enggan namanya didedahkan, berkata walaupun akur langkah ini telah menjejas perniagaan, beliau memahami langkah SFA.



"Menerusi pengalaman ini, kami dapat belajar, dan lebih peka untuk dapatkan maklumat. Sekiranya ingin sertai acara sebegini, wajib ada perkara-perkara yang tak boleh kita ambil ringan dari sudut undang-undang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >