Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Pengarah Charisma Bridal: Gagal bayar kerana syarikat teruk terjejas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pengarah Charisma Bridal: Gagal bayar kerana syarikat teruk terjejas

Jan 19, 2022 | 05:30 AM

PENYEDIA khidmat walimah, Charisma Bridal and Catering Services berkata ia berhasrat mengembalikan semua bayaran berlebihan daripada pelanggan.

Namun ia tidak dapat memberikan tarikh khusus untuk melunaskan pembayaran kerana pendapatan syarikatnya terjejas teruk akibat pandemik ini, kata pengarah syarikat, Cik Salwah Baharudin.

Beliau berkata demikian semasa bertemu Berita Harian (BH) baru-baru ini, bagi menjelaskan keadaan selepas beberapa pelanggan yang terlibat berkongsi di media sosial mengenai kegagalan Charisma mengembalikan wang pelanggan selepas walimah terpaksa dikecilkan akibat langkah pengurusan selamat Covid-19.

Sekumpulan pelanggan telah membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Kecil (SCT), sementara sebahagian lagi membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Singapura (Case) dan polis.

Pelanggan yang sama juga menuduh Cik Salwah dan syarikatnya memutuskan hubungan dengan mereka, walaupun bayaran masih tertunggak.

Syarikat tersebut perlu mengembalikan sekitar $300,000 kepada pelanggan yang terjejas, tetapi hanya telah membayar sekitar $100,000, dari Januari dengan April tahun lalu.

Wang itu berupa bayaran yang diterima bagi mengendalikan sekitar 25 hingga 30 majlis walimah yang terjejas semasa beberapa tempoh larangan Covid-19 dikuat kuasa di sini, jelas Cik Salwah.

Ini termasuk tempoh langkah pemutus rantaian jangkitan antara April dengan Jun 2020, tempoh Fasa Dua dari 8 Mei 2021 - yang mana bilangan tetamu bagi majlis persandingan dikurangkan daripada 100 orang tanpa ujian praacara (PET) kepada 50 orang.

Kemudian, tempoh Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) dari 16 Mei hingga 13 Jun 2021 di mana majlis persandingan dilarang kecuali majlis pernikahan yang hanya boleh menerima sehingga 100 tetamu dengan PET atau 50 tanpa PET.

Menurut beliau, pihaknya telah memberikan e-mel kepada pelanggan yang terjejas pada Mei 2021 untuk menjelaskan keadaan.

Cik Salwah berkata beliau merancang menggunakan sebahagian wang pendahuluan yang dibayar oleh pelanggan untuk membayar semula pelanggan yang terjejas.

Namun, beliau mendakwa wang itu terpaksa digunakan antara lain untuk melunaskan bayaran tempahan hotel, dewan majlis dan kos khidmat yang perlu ditempah awal yang lain.

"Jadi kami harus tunggu, bila keadaan bertambah baik, baru kami boleh uruskan pengembalian wang itu, namun masanya tidak tetap dan keadaan kami tetap murung buat masa kini," kata Cik Salwah.

Menambah, Cik Salwah berkata publisiti negatif yang diterimanya selepas pelanggan menyiarkan pengalaman mereka di media sosial telah menjejas perniagaannya.

Menurut Cik Salwah, syarikatnya hanya mendapat sekitar enam tempahan bagi walimah sepanjang tahun ini hingga November 2022, berbanding mengendalikan sehingga enam tempahan seminggu yang diadakan di sebanyak enam tempat acara di bawah kendalian syarikatnya selain menawarkan khidmat katering di tempat acara lain sebelum pandemik ini.

"Serupa dengan pelanggan yang terjejas, kami juga mangsa keadaan dan sekarang, kami tidak menerima sebarang pendapatan baru kerana kurang tempahan bagi khidmat kami," kata beliau,

Cik Salwah berkata pihaknya sedang cuba berlaku adil terhadap pelanggan dan enggan mengambil 'jalan mudah'.

"Jika kami ingin mengambil laluan yang lebih mudah kami akan memfailkan syarikat kami sebagai muflis dan wang itu tidak akan dapat dikembalikan.

"Tapi dalam syarat kontrak berkaitan Covid-19, kami telah bersetuju mengembalikan wang itu, dan itu menunjukkan kami akan melakukannya cuma kami tidak dapat beri jaminan bila ia boleh diselesaikan," ujar Cik Salwah lagi.


BANTUAN BAGI PELANGGAN DAN PENIAGA

  • Panel penilai Kementerian Undang-undang (MinLaw)

- Jika tiada persetujuan antara pelanggan dengan penyedia khidmat selepas adakan rundingan.

- Tarikh terakhir pasangan boleh fail kes mereka kepada panel penilai: 31 Mac 2021

  • Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS)

- Nasihat dan maklumat terkini mengenai bantuan yang ditawar peniaga semasa pandemik, rujuk segera melalui talian 'hotline': 9665-1222

- Maklumat lanjut di laman https://www.smcci.org.sg/

  • Nasihat guaman percuma M Kuasa Tiga (M3)

- Jika ada pertanyaan tentang kesan undang-undang dan peraturan baru yang diluluskan akibat Covid-19 ke atas perniagaan boleh dihantar ke: lawyersm3@gmail.com.

  • Persatuan Pengguna Singapura (Case)

- Talian bantuan Case: 9795-8397

- Laman: www.case.org.sg

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3