Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah eksekutif baru bagi Mendaki Sense

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



MENDAKI Sense semalam mengumumkan pelantikan pengarah eksekutif baru, Encik Benjie Ng Ser Kwei yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Encik Faiz Selamat bermula sejak kelmarin.



Dalam kenyataannya, anak syarikat Yayasan Mendaki itu berkata, Encik Ng mempunyai pengalaman dan perspektif yang luas dalam pendidikan lanjutan serta jaringan luas dengan perusahaan dan usahawan.



Ini akan dapat membantu Mendaki Sense mengembangkan usahanya dalam menyokong dan menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat dalam landskap pekerjaan sekarang, kata badan itu.



Encik Ng berkata beliau berharap dapat bekerja rapat dengan kakitangan Mendaki Sense lain sebagai satu pasukan untuk mendekati majikan dan agensi bagi menjalin kerjasama, sebagai sebahagian daripada usaha di bawah M Kuasa Tiga (M³).



"Usaha ini akan mewujudkan wadah relevan untuk latihan dan peningkatan kemahiran, serta peluang kerjaya yang menguntungkan untuk masyarakat," kata beliau.



Sebelum ini, Encik Ng pengarah eksekutif Institusi Perubatan Sian Chay dari 2013 hingga 2020.



Beliau juga berpengalaman dalam bidang pendidikan profesional di Institut Perhubungan Awam Singapura, Institut Pembangunan Pengurusan Singapura dan Persatuan Perancangan Kewangan Singapura, serta dalam persatuan perdagangan seperti Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana Singapura dan Persekutuan Perkilangan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >