Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasas Free Food For All meninggal dunia

Oct 31, 2023 | 12:32 PM



Pengasas badan amal setempat, Free Food for All (FFFA), Encik Nizar Mohd Shariff, telah meninggal dunia pada Selasa, sekitar 9.20 pagi di Hospital Besar Changi (CGH).

Allahyarham Nizar, 53 tahun, pernah diiktiraf sebagai ‘Individu Paling Berpengaruh Asia’ (Asia’s Most Influential) pada 2020 oleh Tatler Asia disebabkan kerja kebajikan dan sifat kedermawanannya membantu golongan kurang bernasib baik.







Dengan pimpinannya, FFFA telah berjaya memberi bantuan, termasuk menyediakan makanan yang sudah dimasak untuk membantu mereka yang memerlukan.

Allahyarham juga telah menerajui beberapa program masyarakat dan pelbagai inisiatif lain.

Sejauh ini, FFFA telah membantu lebih 144,000 keluarga.

Berita pemergian Allahyarham telah dikongsikan di laman media sosial FFFA dan disahkan oleh anaknya, Encik Shaik Mohamed Ammar Nizar, 21 tahun.

Menurut anak bongsu Allahyarham itu, jenazah Allahyarham akan disolatkan pada Rabu di Masjid Mydin, 67 Jalan Lapang, selepas zuhur dari 1 tengah hari.

Encik Nizar meninggalkan seorang balu dan empat anak yang berusia 21 hingga 29 tahun.

Selebriti setempat, Encik Suhaimi Yusof, yang merupakan rakan sekolah Encik Nizar ketika menuntut di Maktab Rentah Tampines, melahirkan rasa terkejut dengan berita duka itu.

“Seorang yang saya kenali dari zaman sekolah dan sentiasa ingin menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu, beliau menubuhkan badan amal FFFA.

“Beliau adalah contoh baik bagi saya. Saya masih dalam keadaan tidak percaya beliau telah meninggalkan kita,” ujarnya.

Seorang aktivis dan sukarelawan muda yang terkesan dengan pemergiannya, Encik Imran Mean, 22 tahun, pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang individu yang sangat rendah hati.

“Ketika saya tinggal di rumah perlindungan, inisiatif untuk memberi makanan percuma sampai ke depan pintu saya.

“Ketika itu saya rasa seperti Tuhan menjawab doa saya untuk ada makanan di atas meja,” ujarnya.

Tambahnya, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang hebat dan sumber inspirasi buat ramai, terutama golongan belia.

“Beliau menunjukkan sifat dermawan tanpa mengira bangsa atau agama, membantu atas dasar kemanusiaan,” kata Encik Imran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >