Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pengasas K M Oli Mohamed wariskan perniagaan, nama harum hingga kini

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



BELIAU tidak berpendidikan tinggi, tetapi Allahyarham K M Oli Mohamed seseorang yang berani meneroka bidang baru, termasuk dunia perniagaan.



Berkat usaha gigihnya, lahirlah syarikat barang kemas beliau yang dibina pada 1914 dengan asas kukuh hingga ia kekal ke hari ini - selama 108 tahun.



Kini, syarikat K M Oli Mohamed telah diperluas kepada tiga cawangan di Singapura dan Malaysia.



Menceritakan hal itu, anaknya, Encik Rahmatullah Oli Mohamed, 72 tahun, yang kini menguruskan syarikat itu berkata:



"Ayah saya berkata, tolong naikkan namanya untuk generasi selanjutnya, dan disebabkan itulah saya sedang menjaga perniagaannya, dan keluarga saya yang lain juga membantu.



"Malah, saya sendiri percaya namanya itu patut dikekalkan dari generasi ke generasi."



Menurut Encik Rahmatullah, sejak beliau berusia 10 tahun ayahnya telah membawa beliau mengikutinya supaya dapat belajar tentang perdagangan barang kemas.



Anak-anak Allahyarham diajar mengenali jenis barang kemas, berjumpa orang asing serta pembekal, dan kini, Encik Rahmatullah menggantikan tempat ayahnya mengurus perdagangan itu, dengan beliau pergi ke luar negara untuk membeli barang kemas.



"Kami hanya menyimpan barang istimewa, bukan barang yang dihasilkan secara banyak. Semua barang kemas kami dihasilkan satu bagi setiap jenis," kongsi Encik Rahmatullah.



Beliau menambah yang ayahnya berpesan bahawa dalam perniagaan adalah penting bersikap jujur, menepati janji, tidak menyakiti orang lain, dan menetapkan harga berpatutan.



Allahyarham Oli Mohamed seorang yang bermula dari bawah. Sejak berusia 12 tahun, beliau membantu bapanya mengendalikan kedai rokok tetapi beliau kemudian disuruh meneroka peluang lain.



Dari situlah Allahyarham bekerja di kedai barang kemas dan belajar sebanyak mungkin selama lima tahun sebelum memulakan perniagaannya sendiri.



Bagi menaikkan perniagaannya, Allahyarham belajar bahasa Inggeris untuk mempertingkat dirinya supaya dapat berhubung dengan pelanggan Eropah, yang penting pada tahap awal perniagaannya.



Selain perniagaan barang kemas, Allahyarham mengasaskan sebuah pawagam pada 1947, Diamond Theatre, tetapi ia ditutup pada 1977 kerana tanahnya diambil pemerintah bagi pembangunan semula.



Sebuah lagi pawagam miliknya ialah Taj Cinema di Changi Road, yang dibeli pertubuhan Shaw pada 1969 dan ditukar nama kepada Singapura Cinema. Ia kemudian dibangunkan semula menjadi kondominium Millage, yang masih berdiri.



Seiring perkembangan syarikatnya, Allahyarham menjadi tokoh terkemuka dan menceburi bidang politik sebagai ahli Parti Progrestif dan dipilih sebagai ahli Majlis Bandaraya pada 1951. Beliau bertanding lagi pada 1952 dan menang.



Pada 1953, Allahyarham menyarankan pintu masuk dan keluar berasingan bagi penumpang di omnibus, yang membawa kepada penciptaan dua pintu bagi bas awam.



"Sebagai seseorang yang tidak berpindidikan tinggi, beliau benar-benar mempunyai keberanian. Beliau cuba ini, cuba itu, dan dalam perjalanan tersebut, beliau berjaya," ujar Encik Rahmatullah, yang meluahkan rasa bangganya terhadap nama harum yang dicipta arwah bapanya.



Allahyarham Oli Mohamed meninggal dunia pada 1988 dan meninggalkan sembilan anak. Tujuh daripada mereka mengendalikan perniagaan barang kemas beliau hingga kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >