Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengecualian levi pekerja asing sewaktu SHN dilanjutkan hingga hujung Disember: MOM

Sep 20, 2021 | 06:20 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) akan melanjutkan pengecualian levi pekerja migran bagi semua pemegang Pas S dan Permit Kerja, termasuk pembantu rumah migran (MDW), sepanjang tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) mereka hingga Disember.



 Pengecualian itu sepatutnya berakhir bulan ini. Dengan pengecualian itu, majikan mem punyai pekerja menjalani SHN antara Januari dengan Disember tahun ini tidak perlu bayar levi bagi pekerja itu.



Lanjutan itu diumum Menteri Te naga Manusia, Dr Tan See Leng, dalam ucapan di Festival Pertengahan Mu sim Bunga Persatuan Pemaju Harta nah Singapura (Redas) di Orchard Hotel pada Isnin (20 September).



“Pemerintah bekerja rapat dengan sektor (binaan) untuk menyediakan sokongan dalam tempoh ini. “



Untuk terus membantu majikan membawa masuk pekerja dengan selamat dan memberi mereka lebih banyak masa menyesuaikan diri serta menguruskan kos keperluan SHN,



MOM akan melanjutkan tempoh pengecualian levi SHN dari hujung September 2021 kepada hujung Disember 2021,” kata Dr Tan.



Dalam satu kenyataannya, MOM berkata pengecualian itu diharap membantu majikan menguruskan kos berkaitan lang kah perjalanan rentas sempadan dan perlindungan yang dikenakan ke atas pekerja migran dan MDW yang memasuki Singapura, seperti SHN.



Dr Tan berkata meskipun keadaan tampak bertambah baik, se tor binaan mesti mempercepat usaha transformasi agar terus berada di hadapan cabaran dan persaingan.



“Pandemik ini telah mengetengahkan kepentingan membina sektor yang berdaya tahan.



"Khususnya, cabaran dan gangguan tenaga kerja yang dihadapi syarikat pembinaan telah menunjukkan risiko ke tergantungan berlebihan pada pekerja mi gran,” ujar beliau.



Oleh itu, sektor binaan harus melebihkan usahanya dalam dua bahagian utama, kata Dr Tan.



Pertama, meningkatkan produktiviti melalui pendigitalan dan automasi; dan kedua, mengukuhkan teras warga Singa pura dalam tenaga kerjanya.



Dua teknologi utama – Teknologi Reka Bentuk bagi Pembuatan dan Pemasa ngan (DfMA), yang membolehkan pembuatan di luar lokasi, dan Penyampaian Digital Bersepadu (IDD) – memainkan pe ranan genting bagi memacu sektor tersebut ke hadapan, tambah Dr Tan.



Beliau berkata pemerintah bekerjasama dengan sektor pembinaan untuk me ngecualikan kos mengguna pakai tek no logi itu melalui Dana Produktiviti dan Keupayaan Pembinaan dan skim Projek Inovasi Produktiviti.



Sementara itu, membina teras warga Singapura yang utuh dalam tenaga kerja sektor binaan juga penting dan ini me mer lukan kerjasama antara sektor itu dan pemerintah untuk menarik lebih ramai warga setempat.



“Pemerintah telah bekerjasama de ngan institut pengajian tinggi dan industri untuk membangun saluran bakat kuat melalui program biasiswa dan penajaan.



“Syarikat juga boleh menaja sama calon sesuai melalui Program Biasiswa dan Penajaan iBuildSG Kementerian Pembangunan Negara (MND) untuk melatih dan mengekalkan pekerja berprestasi tinggi di firma mereka,” ujar Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >