Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengedar dadah gagal dalam rayuan saat akhir elak hukuman gantung

Jul 21, 2022 | 08:27 PM



SEORANG pengedar dadah yang dijadualkan menjalani hukuman gantung pada Jumaat (22 Julai) gagal dalam percubaan detik akhirnya mengelakkan hukuman yang sudah diputuskan.



Tiga hari sebelum hukumannya dijatuhkan, Nazeri Lajim, 64 tahun, memohon bagi pengesahan mahkamah bahawa keputusan pihak pendakwa untuk menghukumnya dengan hukuman gantung melanggar hak perlembagaan.



Dia juga meminta agar hukuman itu dihentikan buat masa ini.



Pada Khamis, mewakili dirinya sendiri di hadapan Mahkamah Rayuan, dia meminta diberi satu hingga dua minggu untuk membolehkannya mendapatkan peguam.



Dia juga berkata sebahagian daripada 10 adik-beradiknya tiada di sini dan belum bertemunya lagi.



Hakim Andrew Phang, yang mengemukakan keputusan mahkamah tiga hakim berkata, ini adalah satu lagi kejadian menyalahgunakan proses mahkamah.



Beliau berkata Nazeri gagal mengemukakan kes yang boleh dipertikai dengan penekanan bahawa hak perlembagaannya telah dilanggar.



Hakim Phang berkata Nazeri telah diberi masa untuk proses di mana dia diwakili pihak kaunsel sewaktu perbicaraan dengan dia juga diberi peluang membentangkan kesnya.



"Harus ada satu detik di mana yang merayu itu menerima kesan daripada perbuatannya," katanya.



Nazeri didapati bersalah pada Ogos 2017 atas kesalahan yang membawa pada hukuman mati kerana memiliki dua bungkusan dadah mengandungi tidak melebihi 33.39 gram heroin untuk diedar.



Dia dihukum gantung.



Rayuannya ditolak pada Julai 2018.



Permohonan terkininya mula didengar dan ditolak Mahkamah Tinggi pada Rabu.



.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >