Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengedar dadah yang digantung diberi peluang penuh untuk cabar hukuman: Mahkamah Rayuan

Nov 23, 2016 | 08:32 AM



PENGEDAR dadah Chijioke Stephen Obioha, yang digantung Jumaat lalu, diberi peluang sepenuhnya untuk mencabar hukuman mati itu, termasuk memohon dihukum semula, jelas Mahkamah Rayuan dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada Selasa (22 Nov).

Sebaliknya, warga Nigeria itu memutuskan tidak mahu dihukum semula, dan melancarkan rayuan saat akhir minggu lalu untuk menggantung pelaksanaan hukuman dengan alasan lapan tahun yang dia habiskan menunggu hukuman mati merupakan satu hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Menonjolkan bahawa hujah terbaru itu boleh diketengahkan pada pendengaran sebelum itu sejak tahun lepas, Mahkamah Rayuan berkata rayuan saat akhir itu semata-mata bertujuan menghalang pelaksanaan hukuman ke atasnya, dan merupakan satu penyalahgunaan proses.

Chijioke, 38 tahun, didapati bersalah dan dihukum mati pada 30 Disember 2008 kerana mengedar 2,604.56g ganja di sini. Rayuannya ditolak pada 2010.

Apabila kajian semula hukuman mati mandatori dijalankan antara 2011 hingga 2013, Chijioke diberi penggantungan pelaksanaan hukuman.

Selama dua tahun selepas itu, dia diberi peluang dihukum semula di bawah rejim baru yang memberi hakim budi bicara untuk tidak mengenakan hukuman mati.

Dia berkali-kali enggan berbuat demikian hingga secara tiba-tiba dia menukar fikiran pada Mei 2015, selepas gagal dalam rayuan saat akhir untuk mengubah sabitannya.

Selepas beberapa pendengaran bagi dihukum semula, dia tiba-tiba menarik balik permohonannya untuk dihukum semula pada Ogos lalu.

Pada 12 Oktober, Chijioke diberitahu penggantungan pelaksanaan hukumannya akan ditarik balik pada 24 Okt dan dia mempunyai hingga 21 Okt untuk menunjukkan sebab penggantungan itu tidak harus ditarik balik.

Sebaliknya, dia memfailkan tuntutan terbarunya pada 16 Nov.

Hakim Rayuan Andrew Phang, yang duduk di Mahkamah Rayuan bersama Hakim Rayuan Tay Yong Kwang dan Pesuruhjaya Kehakiman Hoo Sheau Peng, menulis: "Renungan sejenak akan mendedahkan bahawa, selain daripada tiada hukuman zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, pemohon bersalah melakukan penyalahgunaan proses, seperti yang kami telah nyatakan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >