Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengendali bazar Geylang Serai diugut; buat laporan polis

Pengasas Enniche Global Trading dakwa terima ugutan dari pihak kurang puas hati dengan isu berkaitan bazar
Apr 13, 2023 | 07:44 AM



SALAH seorang pengendali Bazar Raya Geylang Serai 2023 mendakwa dirinya telah menerima ugutan daripada pihak-pihak yang kurang berpuas hati dengan isu-isu berkaitan bazar itu.



Pengasas Enniche Global Trading, Encik Mohamed Mustaffa Shah Jehan, semasa mengongsi pengalamannya sebagai pengendali bersama bazar dalam satu episod podcast awal April, berkata beliau telah diugut oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan pengendalian bazar itu sehingga terpaksa membuat laporan polis dan kepada pihak berkuasa.



Enniche Global Trading bersama S-Lite Event Support Pte Ltd dan TLK Trade Fairs & Events Pte Ltd membentuk konsortium yang memenangi tender untuk menguruskan dua tapak Bazar Raya Geylang Serai 2023.



Bazar tersebut dianjurkan oleh Wisma Geylang Serai.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) mengenai perkara tersebut, Penasihat Utama WGS yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata WGS sama sekali tidak dapat menerima perbuatan sedemikian.



"Kami tidak menerima dan tidak membenarkan perbuatan sedemikian dan telah merujuk kes itu kepada pihak polis bagi siasatan," tegas Dr Faishal.



BH telah menghubungi Encik Mustaffa dan Wisma Geylang Serai untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu, namun kedua-duanya enggan memberi komen.



Namun kededua WGS dan Encik Mustaffa mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat.



Jurucakap WGS turut meminta supaya media merujuk kepada pihak polis kerana perkara tersebut masih dalam siasatan.



BH telah menghubungi polis namun sehingga waktu cetak belum menerima respons.



Dalam podcast yang diterbitkan oleh Plan B, Encik Mustaffa berkata ugutan yang diterima berbentuk verbal mahupun fizikal.



"Ada pelbagai macam orang dari latar belakang yang berbeza dan kami harus berurusan dengan mereka dengan bijak.



"Kadangkala kalau perlu, kami terpaksa pergi ke pihak atasan... apakan tidak, bazar Geylang merupakan antara bazar terbesar Singapura dan ia melibatkan ramai orang awam, jadi keselamatan merupakan satu isu.



"Kadang kalau perlu juga, kami beritahu menteri dan jelaskan kepada mereka bahawa ini merupakan projek besar, tanggungjawab besar yang perlu kami kelolakan dan kami pun mahu keselamatan kami juga terjaga," katanya.



Dalam podcast itu juga, isteri Encik Mustaffa, Cik Nur Hajar Asuad Abdullah, berkata beliau sering risau tentang keselamatan suaminya kerana "beliau pernah dikerumuni orang-orang yang tak senang hati".



Pasangan tersebut yang sudah bertahun terlibat dalam bazar Raya - dahulunya sebagai peniaga yang menyewa gerai dan kini sebagai pengendali - berkata masalah tersebut bukan sesuatu yang baru.



"Ia merupakan perkara yang berlaku setiap tahun. Kami sering perlu hubungi polis... dan baru-baru ini kami terpaksa temui menteri kerana kami perlu tangani banyak isu lain dan kami tak ingin diganggu masalah ini.



"Ini memang lumrah (dalam mengendalikan bazar), dan orang ramai tidak nampak perkara ini," ujarnya.



Menurut Cik Hajar juga, sejak dari dulu lagi, beberapa pihak sering mahu menguasai bazar Geylang.



Katanya: "Mungkin mereka rasa mereka mempunyai hak di zon-zon tertentu, di kawasan tertentu bazar itu, dan mereka sangat territorial."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >