Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengendali pasar raya besar perlu kenakan bayaran bagi beg pakai buang

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



PENGENDALI pasar raya yang berlesen Agensi Makanan Singapura (SFA) dengan hasil jualan tahunan melebihi $100 juta akan diperlukan mengenakan bayaran bagi beg-beg pakai buang di cawangan pasar raya mereka, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.



Namun kedai-kedai runcit, seperti yang dikendalikan jenama seperti Cheers dan 7-Eleven yang tidak menjual atau menyediakan daging mentah, ayam itik, atau makanan laut, tidak diperlukan mempunyai lesen pasar raya, lantas tidak diletakkan di bawah perundangan tersebut, kata Dr Khor.



Dr Khor berkata demikian di Parlimen pada Rabu sebagai menjawab soalan Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang) sekiranya bayaran yang dikenakan bagi beg pakai buang akan turut melibatkan kedai-kedai runcit.



"Seperti yang saya katakan dalam ucapan pembukaan saya, pihak pengendali pasar raya berlesen SFA dengan hasil jualan tahunan melebihi $100 juta akan diperlukan mengenakan bayaran bagi beg-beg pakai buang di cawangan pasar raya berlesen SFA mereka.



"Kedai-kedai runcit seperti yang dikendalikan Cheers dan 7-Eleven, yang tidak menjual atau menyediakan daging mentah, ayam itik, atau makanan laut, tidak diperlukan mempunyai lesen pasar raya, lantas tidak tertakluk di bawah perundangan ini.



"Namun saya juga sedar bahawa Cheers dan 7-Eleven sudah pun mengenakan bayaran bagi beg-beg pakai buang ini secara sukarela," katanya lagi.



Menyentuh tentang pembelian dalam talian, Dr Khor berkata ini akan diletakkan di bawah perundangan subsidiari bahawa bayaran tidak akan dikenakan ke atas beg-beg guna pakai yang digunakan peruncit untuk barangan yang dibeli secara dalam talian dan dihantar ke pelanggan.



Pemerintah kaji tangani pembaziran pembungkusan e-dagang



Ini kerana para pelanggan tidak mempunyai pilihan untuk menggunakan beg-beg mereka sendiri, tambah Dr Khor.



"Namun kami bersetuju dengan Cik Carrie Tan (Nee Soon) bahawa terdapat skop bagi peruncit dan platform dalam talian, bukan sekadar pasar raya, untuk mengurangkan pembaziran pembungkusan.



"Kami akan mengkaji bagaimana menangani pembaziran pembungkusan daripada e-dagang, termasuk membeli barangan dapur secara dalam talian, sedang kami membangunkan skim tanggungjawab penghasil yang diluaskan bagi pengurusan pembaziran pembungkusan.



"Sementara itu kami akan bekerjasama dengan pengendali pasar raya untuk mengumpul amalan terbaik dan membangunkan panduan mengenai langkah mengurangkan pembungkusan bagi pembelian dalam talian," ujarnya lagi.



Dr Khor berkata pihaknya juga akan menggalak peruncit lain untuk mendukung inisiatif-inisiatif tersebut bagi mengurangkan dan menggunakan semula pembungkusan penghantaran, tambahnya.



Pindaan kepada Undang-Undang Kemampanan Sumber telah diluluskan Parlimen pada Rabu.



Pindaan tersebut memperkenalkan rangka kerja perundangan bagi bayaran beg pakai buang di pasar raya, skim memulangkan bekas minuman, dan satu sistem laporan sisa makanan.



Langkah-langkah tersebut bertujuan mengurangkan sisa dan mempertingkat kitar semula di Singapura.



Pasar raya besar akan mula mengenakan bayaran lima sen bagi setiap beg plastik mulai 3 Julai sementara deposit sebanyak 10 sen yang akan dikembalikan akan ditambah kepada minuman botol dan tin mulai 1 April 2025.



Menyentuh tentang kebimbangan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) dan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) mengenai pembuangan sisa secara bertanggungjawab, Dr Khor menekankan bahawa amalan membungkus sisa dengan sempurna sebelum membuangnya ke dalam tong sampah perlu diteruskan.



"Kami tidak akan mengenakan larangan ke atas beg-beg pakai buang - ia masih disediakan.



"Bungkusan lain seperti beg yang digunakan untuk membungkus roti atau kertas tandas boleh juga digunakan untuk membungkus sisa, sebagai alternatif kepada beg-beg guna pakai pasar raya.



"Bayaran kepada beg tidak patut digunakan sebagai alasan untuk membuang sisa secara tidak bertanggungjawab," kata Dr Khor lagi.



Sementara itu, Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) dan Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang) memberi komen bahawa dengan bayaran yang dikenakan ke atas beg, pengguna akan mula membeli beg-beg plastik sekali guna secara dalam talian dan daripada peruncit luar negara secara lambak.



Menurut Dr Khor, meskipun ini boleh berlaku, pengguna sedemikian hanya akan beli apa yang mereka benar-benar perlukan dan akan lebih berwaspada tentang cara mereka gunakan beg-beg tersebut, memandangkan ia juga perlu dibayar.



Sementara itu Dr Khor bersetuju dengan komen Cik Poh Li San (GRC Sembawang) dan Encik Dennis Tan (Hougang SMC) mengenai kepentingan pendidikan awam bagi menggalak pemahaman lebih mendalam mengenai nilai kemampanan dan kesan perubahan sikap yang positif.



Menurutnya sebagai sebahagian daripada kempen Katakan Ya pada Kurang Sisa, pihaknya telah bekerjasama dengan rakan-rakan, termasuk pasar raya dan cawangan makanan dan minuman (F&B).



Ini bagi memperkukuh mesej kehidupan mampan, dan menggalak tindakan menerusi inisiatif dan insentif.



"Kempen tersebut bertujuan membantu warga Singapura lebih menghargai mengapa kita perlu mengurangkan penggunaan barang pakai buang dan pembaziran makanan dan bagaimana untuk lakukannya," katanya.



Dr Khor menambah bahawa mesej kempen tersebut disebar menerusi pelbagai titik sentuhan dan meliputi lebih ramai penduduk.




“Kami akan kaji bagaimana tangani pembaziran pembungkusan daripada e-dagang, termasuk membeli barangan dapur secara dalam talian...Kami juga akan bekerjasama dengan pengendali pasar raya untuk mengumpul amalan terbaik dan membangunkan panduan mengenai langkah mengurangkan pembungkusan bagi pembelian dalam talian.”



– Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >