Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi baru lembaga SkillsFuture S’pura

Sep 28, 2023 | 06:11 PM



Seorang pengerusi baru telah dilantik ke lembaga SkillsFuture Singapura (SSG), umum SSG pada Khamis.

Encik Tan Kai Hoe, yang merupakan presiden kumpulan dan ketua eksekutif Accuron Technologies, akan memegang jawatan itu mulai 1 Oktober.

Beliau akan mengambil alih jawatan Encik Wong Kim Yin, yang akan bersara daripada lembaga SSG pada Sabtu.

Sebagai pengerusi lembaga, Encik Wong, 53 tahun, telah menyelia pembangunan dan pelaksanaan inisiatif di bawah ‘Next Bound of SkillsFuture’, yang menyokong rakyat Singapura dengan meningkatkan kemahiran sepanjang hayat mereka.

Encik Tan, 56 tahun, telah menjadi ahli lembaga SSG sejak 1 Januari. Beliau juga pengerusi Majlis Palang Merah Singapura (SRC) dan pengerusi Majlis Akreditasi Singapura, selain memegang jawatan penting dalam lembaga bagi pelbagai anak syarikat Accuron dan syarikat pelaburannya.

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata beliau amat mengalu-alukan Encik Tan ke lembaga pengarah SSG.

“Dengan pengalaman Encik Tan, kami yakin SSG akan terus membawa pergerakan SkillsFuture ke depan dalam membina budaya pembelajaran sepanjang hayat yang berterusan, dan memastikan tenaga kerja kami tangkas dalam memperoleh kemahiran-kemahiran yang relevan untuk merebut peluang baru,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >