Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim Kerja-Belajar SkillsFuture tawar program baru, luaskan jangkauan

Aug 11, 2023 | 07:02 PM



Institut Pengajian Tinggi (IHL) yang disokong SkillsFuture Singapore (SSG) bakal memperkenalkan sembilan program Kerja Sambil Belajar SkillsFuture yang baru mulai Oktober 2023.

Ini diumumkan Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, sempena Pameran Kerja Sambil Belajar yang dianjurkan sebagai sebahagian Festival SkillsFuture pada Jumaat di Politeknik Ngee Ann.

Dengan tema Step Into Your LIT Future, pameran tersebut pada kali ini dianjurkan politeknik tersebut dengan kerjasama politeknik lain dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), demikian menurut satu kenyataan media.


Pameran itu mempamerkan peluang program kerja sambil belajar buat golongan lulusan baru dan rakan kongsi industri yang menyokong ekosistem program kerja sambil belajar.

Sejak permulaan program itu pada 2015, lebih 10,000 peserta dan lebih 2,400 syarikat telah meraih manfaat daripada Program Kerja Sambil Belajar SkillsFuture.

Untuk meluaskan peluang kerja sambil belajar bagi warga Singapura, pihak SSG bekerjasama dengan IHL dan rakan kongsi industri untuk melancarkan Program Kerja Sambil Belajar SkillsFuture yang disokong syarikat di sini.

Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani NCS, Politeknik Ngee Ann (NP), Politeknik Republik (RP) dan Politeknik Singapura (SP) untuk melancarkan dua program Kerja Sambil Belajar SkillsFuture dalam sektor Teknologi Infokom (ICT).

Melalui MOU itu, NCS bekerjasama dengan tiga politeknik itu untuk membangunkan kurikulum latihan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran dan amalan teknologi terkini dan menyediakan bimbingan dan pembelajaran di tempat kerja serta peluang kerjaya yang lebih baik.

NP akan melancarkan program yang khusus buat Program Kerja Sambil Belajar SkillsFuture bagi sijil diploma sambilan dalam ‘Full Stack Development’.


RP dan SP pula bakal melancarkan diploma sambilan dalam Kejuruteraan Sofwe. SP juga akan melancarkan tiga lagi diploma sambilan baru dalam bidang Pengurusan Perniagaan, diploma lanjutan dalam Sains Amali dan Kejuruteraan Mikroelektronik dan Material serta program posdiploma dalam “Full Stack Web Development”.


Politeknik Temasek (TP) pula bakal menganjurkan empat program Kerja Sambil Belajar SkillsFuture. Ini termasuk dua program yang mengajar konsep kelestarian yang diperlukan dalam Sektor Reka Bentuk dan Sekitaran Terbina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >