Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Tinggi NUS baru dilantik

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Seah Moon Ming, Pengerusi SMRT Corporation Ltd, akan menjadi Pengerusi Lembaga Gabenor Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS (Sekolah Tinggi NUS) mulai 1 Oktober 2021.



Profesor Tan Eng Chye, Presiden NUS, berkata Encik Seah mempunyai pandangan mendalam mengenai bagaimana teknologi, sains dan inovasi dapat mendorong industri maju, dan mencipta peluang di bidang yang baru.



Selain itu, dengan kerjasama Kolej Reka Bentuk dan Kejuruteraan NUS (CDE) yang baru, NUS High School menawarkan program Kepujian baru.



Pelajar boleh mengambil mata pelajaran utama dalam Fizik dengan Kepujian dalam Kejuruteraan dari tahun 2022.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh NUS High, program kejuruteraan kepujian ini akan menambah kepelbagaian pilihan untuk kombinasi subjek pelajar.



Ia dikatakan akan memberi peluang kepada pelajar untuk melihat cabaran dunia dan mencari kaedah praktikal untuk menyelesaikannya.



Kemahiran praktikal dalam merancang, membuat dan mencari huraian buat masalah itu secara keseluruhan boleh dipindahkan ke banyak bidang seperti perhubungan, maklumat, pengangkutan, tenaga, pembuatan, penjagaan kesihatan, perundingan teknikal dan usahawanan.



Pelajar NUS High boleh memilih dua daripada 24 modul semasa mereka berada di Tahun 5 dan 6 untuk memenuhi Kepujian Kejuruteraan mereka dalam banyak bidang.



Ini termasuk program antara disiplin seperti Kejuruteraan Bioperubatan, Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Komputer.



Pelajar-pelajar ini akan mendapat kredit dari modul-modul ini yang boleh dipindahkan jika mereka jalani matrikulasi ke NUS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >