Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi syarikat marin, Farid Khan calon EP?

Jun 16, 2017 | 11:52 PM



PENGERUSI sebuah syarikat perkhidmatan marin, Bourbon Offshore Asia Pasific, Encik Farid Khan Khaim Khan dipercayai sedang mempertimbangkan untuk bertanding Pilihan Raya Presiden, menurut sumber kepada Berita Harian. 



Empat lelaki yang hadir di Jabatan Pilihan Raya pagi tadi (Jumaat) untuk mendapatkan borang permohonan bagi calon seorang presiden yang berpotensi, enggan mendedahkan identiti calon yang dimaksudkan, selain menyatakan beliau adalah seorang pengerusi syarikat berbilang negara (MNC). Calon itu juga dikatakan seorang Melayu/Islam berusia lebih 60 tahun. 



Encik Farid, 62 tahun tidak dapat dihubungi BH untuk pengesahan. Sebelum ini beliau pernah diwawancara wartawanuntuk artikel berkaitan pelaburan sebuah restoran, Seri, yang diuruskan anaknya. Beliau juga pernah berkongsi kerja-kerja kebajikannya ketika berpangkalan di Jakarta. 



Bapa dua anak itu telah bekerja dengan Bourbon Offshore Asia Pasific  selama lebih 10 tahun, berpangkalan di Singapura. Firma yang mempunyai lebih 800 pekerja di rantau ini merupakan sebahagian syarikat Perancis yang mempunyai  10,000 orang pekerja. 



Beliau juga merupakan pengarah beberapa syarikat berkaitan perkapalan termasuk Greenship Holdings dan merupakan pelabur utama beberapa restoran, termasuk Seri dan Pondok Gurame.



Pilihan raya akan datang dikhususkan untuk calon dari kalangan masyarakat Melayu, berikutan perubahan yang dibuat dalam skim Presiden Dipilih pada tahun lalu untuk memastikan perwakilan minoriti. 



Antara perubahan itu ialah calonn harus pernah menerajui syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya $500 juta dalam ekuiti pemilik saham untuk calon itu layak dicalonkan secara automatik. 



Menurut akhbar The Straits Times, Greenship Holdings mempunyai ekuiti pemegang saham AS$200 juta (S$227 juta) sementara Bourbon Offshore Asia Pasific mempunyai AS$300 juta. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >