Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengetua baru lakar strategi perkukuh Madrasah Alsagoff

Usaha termasuk manfaatkan teknologi dalam pembelajaran; jalin lebih kerjasama dengan sekolah sekular, dan masyarakat
Jan 16, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak usaha akan dijalankan untuk menjalin kerjasama antara Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dengan masyarakat umum termasuk institusi pendidikan sekular lain.



Pelan tersebut dikongsi oleh pengetua baru madrasah itu, Ustazah Asyunifar Abu, kepada Berita Harian dengan menggariskan antara pelan beliau selepas menyandang jawatan tertinggi madrasah itu.



Menurutnya, penting bagi pelajar mendekatkan diri dengan masyarakat agar lebih mesra dengan warga umum selain menjadi duta Islam kepada orang ramai.



"Selepas pelajar kami tamat pengajian di madrasah, mereka akan keluar bergaul dengan masyarakat tidak kira latar belakang, bangsa atau agama. Justeru, penting bagi mereka diberikan peluang bergaul dengan pelajar sekular lain.



"Mereka boleh adakan perbincangan bersama tentang sesuatu isu, mengongsi kepakaran atau bertukar-tukar pandangan serta kerja-kerja kemasyarakatan.



"Mentelah lagi, kami mahu mereka menjadi duta Islam yang berkaliber dan dipercayai," kata ibu seorang anak perempuan berusia 10 tahun ini. Anaknya juga belajar di madrasah yang sama.



Tahun lalu, madrasah tersebut telah berkerjasama dengan Maktab Rendah Kebangsaan bagi satu forum mengenai isu berkaitan kaum.



Selain itu, terdapat juga beberapa guru daripada sekolah pemerintah yang datang ke madrasah untuk mempelajari bagaimana madrasah itu memanfaatkan teknologi.



Madrasah tertua bagi wanita yang ditubuhkan pada 1912 itu adalah antara lima sekolah di Singapura yang diberi pengiktirafan sebagai Sekolah Unggul Apple (ADS).



Pengiktirafan itu hanya diberikan kepada antara 500 sekolah yang merangkumi 32 negara di serata dunia.



Madrasah Alsagoff juga merupakan madrasah pertama di Singapura yang diiktiraf sebagai ADS.



Ustazah Asyunifar, 40 tahun, yang merupakan mantan pelajar Madrasah Alsagoff kembali ke madrasah itu sebagai naib pengetua pada 2016 di mana beliau bertanggungjawab bagi jabatan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu (ARK).



Sebelum itu, selepas tamat pengajian sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab, beliau mengajar bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah dari 2007 hingga 2016.



Namun, sejak Oktober tahun lalu, beliau diamanahkan memegang jawatan selaku pemangku pengetua sebelum akhirnya menggalas tanggungjawab sebagai pengetua awal tahun ini.



Mudirah Asyunifar menggantikan tempat Ustaz Syed Mustafa Syed Ja'afar Alsagoff, yang melepaskan jawatan sebagai Mudir Madrasah Alsagoff pada 1 Januari lalu.



Ustaz Syed Mustafa menjadi mudir selama 12 tahun.



Di bawah pucuk pimpinannya, Madrasah Alsagoff berjaya diiktiraf sebagai ADS selama dua penggal berturut-turut iaitu dari 2019 hingga 2021 dan 2022 hingga 2025.



Meneruskan usaha yang telah dilaksanakan pendahulunya, Ustazah Asyunifar berkata beliau akan terus memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran madrasah itu dalam teknologi dengan pembelajaran bahasa Arab.



"Kami akan terus meninjau bagaimana menerapkan teknologi dalam menyampaikan pengetahuan kepada pelajar tanpa mengetepikan rujukan asal.



"Teknologi akan membantu dalam meningkatkan interaksi dalam pembelajaran dan memudahkan tugasan.



"Ini pastinya akan memberikan nafas baru kepada pembelajaran agar lebih relevan," katanya.



Selain itu, beliau juga berharap pelajarnya dapat terus menyumbang kembali kepada masyarat dengan mengongsi kemahiran yang mereka ada dalam teknologi serta kepakaran mereka dalam bahasa Arab.



"Kami mahu pelajar yang akan meneruskan dan mengekalkan etos madrasah selain menjadi cendekiawan Islam yang sekali gus dapat mengembangkan lagi kebolehan dan keupayaan pelajar madrasah di sini," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >