Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengetua baru, lebih CCTV di Kinderland namun ada ibu bapa kekal prihatin tentang keselamatan anak

Sep 03, 2023 | 03:27 PM



Sesetengah ibu bapa kekal prihatin walau setelah Kinderland menggajikan pengetua baru dan memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu prasekolahnya, setelah video seorang guru didakwa memperlakukan kanak-kanak dengan kasar di cawangan itu tular pada Isnin lalu.

Ibu bapa juga dimaklumkan bahawa penyedia pendidikan prasekolah itu, antara perubahan lain, akan menyemak proses pengambilan pekerja dan latihan buat guru-guru dan memperbaiki perhubungan bersama ibu bapa, menurut pihak pengurusannya pada Sabtu.

Dalam dialog pertama di sekolah tersebut yang diadakan pada Sabtu, pengurus besar Kinderland Singapore, Encik Seet Lee Kiang serta seorang wakil daripada Kumpulan Pendidikan Crestar berbicara dengan sekitar 30 ibu bapa dan penjaga.

Kumpulan Pendidikan Crestar memberi khidmat penjagaan kanak-kanak dan penjagaan bayi, pendidikan prasekolah, serta program pendidikan dewasa dan pengayaan dalam rantau ini menerusi empat jenama termasuk Kinderland.

Beberapa ibu bapa memberitahu akhbar The Straits Times bahawa mesyuarat itu “tidak mencukupi” untuk memberi mereka keyakinan, sambil menambah bahawa isu pembayaran balik bagi ibu bapa yang telah mengeluarkan anak mereka daripada sekolah tersebut tidak ditangani.


Ada juga yang merasakan bahawa pihak pengurusan tidak ikhlas mahu menghuraikan masalah tersebut.

Dialog pertama, yang digambarkan beberapa ibu bapa sebagai “tegang”, berlangsung selama 90 minit. Ia disusuli sesi meninjau pusat itu - yang diminta ibu bapa - agar dapat melihat kamera CCTV baru yang dipasang di bilik darjah dan ruang kegiatan.

Ini sebagai tambahan kepada kamera yang sudah dipasang di koridor bersama, serta pintu masuk pusat itu.

Dialog itu diadakan setelah 12 ibu bapa pergi ke sekolah tersebut pada Rabu untuk mendapatkan penjelasan dan huraian, tetapi disuruh kembali pada hari lain.

Encik Seet berkata semua ibu bapa dengan anak di cawangan itu, yang mempunyai kira-kira 70 hingga 80 pelajar, diundang ke sesi tersebut.

Secara keseluruhan, seramai 96 ibu bapa menghadiri sesi itu.

Ada ibu bapa yang menghadiri sesi pertama, tetapi berkata sekolah itu tidak mengundang mereka. Mereka mendapat tahu menerusi berita atau kumpulan perbualan ibu bapa.

Salah seorang daripada mereka, Cik T, seorang eksekutif pemasaran, mendakwa pada Jumaat:

“Pengurus mereka cuba melengahkan (mesyuarat itu).”

Beliau mempunyai dua anak, berusia enam dan dua tahun, di prasekolah tersebut.

Cik T berkata pada Sabtu bahawa dialog yang diadakan “tidak begitu berhasil” kerana pasukan pengurusan memberitahu ibu bapa ia perlu menyemak isu-isu yang diutarakan sebelum memberi respons.

“Saya tidak rasa saya puas hati buat masa ini. Mereka perlu dapatkan balik kepercayaan kami,” katanya, sambil menambah bahawa beliau ingin menarik anak perempuannya keluar daripada Kinderland, tetapi prasekolah lain yang berdekatan tidak ada tempat kosong.

Sewaktu mesyuarat tersebut, ibu bapa diberitahu bahawa mereka akan dihubung secara individu sekiranya terdapat keprihatinan tentang bayaran balik.

“Saya tidak rasa mereka bersedia untuk dialog ini,” kata Cik T sambil menambah bahawa respons yang diterima “mengecewakan” dan tidak kelihatan ikhlas.

Pada Sabtu, ibu bapa mula tiba di sekolah tersebut pada kira-kira 9.55 pagi.

Seorang ibu bapa, yang anaknya berusia dua tahun dilihat dalam salah satu video yang dikemukakan pada Isnin, tiba pada kira-kira 10 pagi dan memberitahu wartawan bahawa sekolah itu belum lagi meminta maaf secara rasmi kepada ibu bapa terjejas.

Seorang lagi ibu bapa, Encik L, bertengkar (heated argument) dengan kakitangan Kinderland yang pada mulanya tidak membenarkannya menyertai dialog itu, walaupun beliau membantu mengaturnya.

Mereka berkata ia kerana beliau mengeluarkan anaknya dua tahun lalu, setelah anaknya didakwa pulang ke rumah dengan kecederaan. Beliau akhirnya dibenarkan masuk ke mesyuarat tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >