Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggubal dasar awam tidak berpihak kepada agama tertentu

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



PENGGUBAL dasar awam, termasuk menteri Kabinet, pegawai perkhidmatan awam dan kakitangan awam tertinggi, tidak mengambil keputusan yang berpihak kepada sebarang kumpulan agama.



Bersikap adil dan tidak berpihak penting dalam negara kecil seperti Singapura dan kita boleh hilang keyakinan awam dengan cepat jika perkara yang sebaliknya dilakukan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.



Memberi contoh, Encik Shanmugam berkata pihak awam tidak seharusnya berfikiran bahawa seorang pegawai polis yang menjawab panggilan ke rumah adalah seorang penganut Islam, Kristian atau Hindu.



"Anda mahu orang berfikir... beliau seorang pegawai SPF (Pasukan Polis Singapura)," ujar Encik Shanmugam.



Beliau berkata demikian semasa memberi respons kepada hujah Ketua Pembangkang Pritam Singh di parlimen semalam, yang menurut Encik Shanmugam, mencadangkan pegawai perkhidmatan awam tertinggi boleh berpihak kepada masyarakat agama tertentu berdasarkan pegangan agama mereka, pada masa ini dan di masa hadapan.



Membuka tirai ucapan pemerintah semasa perbahasan belanjawan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Encik Shanmugam berkata Singapura telah berpegang kepada pendirian sekular dan tidak berpihak antara agama semasa menggubal dasar selama 62 tahun yang lalu.



Encik Shanmugam berkata MHA berperanan langsung menangani isu-isu berhubung kaum dan agama.



"Kami membentuk dan melaksanakan dasar-dasar yang menangani isu-isu tersebut," ujar Encik Shanmugam yang berkata adalah tidak adil jika pegawai kanan dan rakan kerja yang menggubal undang-undang dianggap bersikap berpihak mengikut agama tanpa bukti.



Menyusul dengan responsnya, Encik Pritam berkata tujuan beliau bukanlah untuk mengatakan pegawai perkhidmatan awam bersikap berpihak, atau untuk meremehkan dan menggugat semangat mereka.



Sebaliknya, beliau bertujuan memohon pemerintah menyatakan lagi komitmennya kepada dasar sekularisme, sesuatu yang dilakukan oleh Encik Shanmugam dalam ucapannya.



Encik Pritam juga telah berhujah mengenai pendirian pemerintah mengenai kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).



Menurut Encik Shanmugam, semua orang akan dilindungi di sini, tanpa mengambil kira keadaan sosial, agama atau kepercayaan seksualnya.



Ini selepas pindaan kepada Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) pada 2019 bagi mencegah kebencian terhadap kaum dan agama.



Memberi respons kepada pertanyaan Encik Pritam mengenai usaha kemas kini MRHA, Encik Shanmugam berkata tiada keperluan untuk melaksana kertas putih baginya pada masa ini, meskipun pemerintah prihatin dan akan terus membuat semakan bagi isu tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >