Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggubalan dasar, bersiap awal kunci S'pura hadapi isu penuaan

Ye Kung: Isu penuaan merupakan transformasi sosial terbesar S'pura untuk generasi ini
Apr 21, 2023 | 05:30 AM



MEMPERSIAPKAN negara ini bagi isu penuaan memerlukan penggubalan dasar yang menangani cabaran awal serta bertanggungjawab, bahkan ciri-ciri tersebut sudahpun dimiliki pemerintah, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Encik Ong berkata Singapura telah bersiap sedia lebih awal bagi sebuah masyarakat yang 'amat tua', termasuk daripada membantu warga emas meniti usia senja dalam masyarakat dengan baik dan sihat hingga memastikan mereka mempunyai simpanan cukup untuk persaraan.



Dalam perbahasan Ucapan Presiden di Parlimen pada Khamis, Encik Ong berkata isu penuaan merupakan transformasi sosial terbesar di Singapura untuk generasi ini.



"Persediaan untuk penuaan, sama ada dalam bidang perancangan bandar, pembangunan ekonomi, kecukupan persaraan atau pembaharuan penjagaan kesihatan, memerlukan penggubalan dasar yang menjangkakan dan menangani cabaran awal, yang merupakan ciri pemerintah Singapura.



"Kami telah membuat persiapan bagi sebuah masyarakat yang tua dalam bidang ini lebih awal daripada masa. Kami mempunyai masa permulaan lebih dari sedekad sebelum masalah itu menimpa kami," kata beliau.



Menurutnya, Singapura sudah pun memulakan sebuah strategi penjagaan pencegahan penyakit dikenali sebagai SG Lebih Sihat, di mana individu digalak bekerjasama dengan seorang doktor perubatan umum (GP) untuk menjaga kesihatan mereka.



SG Lebih Sihat akan dilancarkan pada Julai.



Encik Ong berkata di mana campur tangan kesihatan diperlukan, ia lebih bersifat sosial daripada perubatan, dan bahkan sering berkaitan dengan perkara asas seperti mendapat tidur dan pemakanan yang baik, melakukan senaman dan menjalani pemeriksaan kesihatan yang kerap.



Bagaimanapun, usaha asas sedemikian itu biasanya tidak dilakukan disebabkan rasa malas, namun ini boleh diatasi dengan sokongan masyarakat, tambah beliau.



"Khususnya, dengan sokongan masyarakat, terdapat peluang besar bagi warga emas meniti usia senja dengan sihat dalam masyarakat. Ini adalah bidang seterusnya di mana perubahan besar perlu berlaku.



"Justeru, di luar SG Lebih Sihat, bidang keutamaan seterusnya bagi MOH adalah untuk membangunkan penjagaan masyarakat, untuk mendorong kita semua melakukan apa yang betul untuk kesihatan kita, dan untuk menyokong penuaan dalam masyarakat," kata Encik Ong.



Beliau menambah bahawa usaha itu akan menjadi kesinambungan daripada SG Lebih Sihat, dan satu program nasional yang bercita-cita tinggi dan meluas seperti SG Lebih Sihat.



Encik Ong berkata Singapura telah menjadi sebuah negara yang 'tua' pada 2017, dan jurang antara 'tua' dengan 'amat tua' bagi negara ini dianggarkan hanya sembilan tahun, bermakna negara ini akan mencapai status 'amat tua' pada 2026.



Menurut pentakrifan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebuah negara itu dianggap sebagai 'menua' jika sekurang-kurangnya 7 peratus penduduknya mencapai usia 65 tahun ke atas.



Negara dianggap 'tua' jika kadar penduduknya yang berusia 65 tahun ke atas melebihi 14 peratus dan 'amat tua' jika ia mencapai 21 peratus.



Encik Ong berkata Singapura telah mula merancang bagi penuaan sejak dahulu lagi, dengan negara ini mula memikirkan tentang soal perubahan kepada usia persaraan dan sistem Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dengan Jawatankuasa Howe Yoon Chong sekitar 40 tahun yang lalu.



Hampir dua dekad lalu, pemerintah membentuk Jawatankuasa mengenai Isu Penuaan dan kemudian merasmikannya menjadi Jawatankuasa Menteri mengenai Penuaan pada 2007.



Sejauh ini, jawatankuasa itu telah menyelaraskan dan melancarkan dua pelan tindakan menyeluruh, kata Encik Ong.



Antara usaha lain yang dilakukan pemerintah adalah untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang mesra usia senja untuk warga emas.



Misalnya, HDB sedang membangunkan semula kawasan lama dan melancarkan projek baru di bandar matang demi memastikan terdapat campuran penduduk berbilang generasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >