Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna Apple digesa lagi kemas kini perisian tegar bagi baiki kelemahan kritikal

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



PENGGUNA produk Apple sekali lagi digesa mengemas kini perisian tegar (firmware) terkini pada peranti mereka kepada IOS 16.1 dan iPadOS 16 untuk memperbaiki kelemahan kritikal.



Ini kali kesembilan kelemahan kritikal dilaporkan sejak awal tahun ini.



Dalam satu kenyataan kelmarin, Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) berkata: "Pengguna produk terjejas dinasihati meningkatkan taraf perisian tegar kepada versi terkini dengan segera."



Ia juga menyatakan kejayaan mengeksploitasi kelemahan peranti itu akan membolehkan penyerang mempunyai kawalan lengkap ke atas sistem sasaran itu melalui akses pangkalan .



Kelemahan itu melibatkan produk berikut:



- IPhone 8 dan produk-produk selepasnya



- IPad Pro (semua model)



- IPad Air Generasi ke-3 dan produk-produk selepasnya



- IPad generasi kelima dan produk-produk selepasnya



- IPad Mini generasi kelima dan produk-produk selepasnya



Pengguna juga dinasihati membolehkan kemas kini perisian automatik dengan mengikuti langkah-langkah begini: Settings >General >Software Updates >Enable Automatic Updates (Tetapan >Umum >Kemaskini Perisian >Membolehkan kemas kini automatik).



Kelemahan itu dilaporkan kepada Apple oleh seorang penyelidik yang tidak mahu namanya didedah.



Dalam makluman di laman web yang diterbitkan Ahad lalu, Apple berkata: "Apple sedar akan satu laporan bahawa isu ini mungkin telah dieksploitasi secara aktif."



Apple mengeluarkan satu nasihat mengenai lapan kelemahan sifar-hari (zero-day) lain sejak Januari tahun ini. Kelemahan sifar-hari adalah apabila satu kelemahan telah didedahkan tetapi belum ditangani.



Sebagai dasar, Apple tidak mendedahkan, membincangkan atau mengesahkan isu keselamatan hingga penyiasatan telah dibuat dan pembaikan boleh didapatkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >