Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna basikal Mobike tidak perlu lagi letak deposit

Jul 01, 2018 | 05:30 AM



PENGGUNA basikal Mobike tidak perlu lagi meletakkan deposit untuk mengayuh basikal yang dikongsi.



Operator pengedaran basikal tersebut mengumumkan kelmarin tentang dasar tanpa deposit untuk pengguna baru dan sedia ada yang telah mendaftar untuk akaun menggunakan nombor telefon tempatan Singapura dengan awalan +65.



Dalam kenyataannya, Mobike yang berpangkalan di China, berkata ia memperkenalkan deposit $49 ketika ia melancarkan perkhidmatannya di Singapura pada Mac tahun lepas.



Deposit yang dapat dikembalikan sepenuhnya itu bertujuan menggalakkan penggunaan basikal dengan cermat.



Bagaimanapun, berikutan analisis data berasaskan kepada tingkah laku pengguna, syarikat itu telah memutuskan bahawa deposit tidak diperlukan lagi.



Pengurus Mobike Singapore, Cik Sharon Meng, berkata:



"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna kami di Singapura kerana membantu mengembangkan pengalaman perkongsian basikal yang sihat dan menyeronokkan untuk semua.



"Sebagai penghargaan, kami mengecualikan deposit untuk pengguna berdaftar Singapura," ujarnya.



Beliau menjamin bahawa deposit adalah selamat dan tersedia untuk bayaran balik sepenuhnya pada bila-bila masa.



Langkah terbaru Mobike itu diambil hanya beberapa hari selepas pembekal perkongsian basikal lain, oBike, tiba-tiba mengumumkan pengundurannya daripada pasaran Singapura.



Dengan keaadaan syarikat itu yang akan dibubar, pemain industri mengatakan bahawa pengguna oBike tidak mungkin mendapatkan semula deposit $49 - yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatannya.



Pengusaha yang diasaskan oleh China itu berkata pihaknya menghadapi kesukaran memenuhi tuntutan dan panduan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam usaha pihak berkuasa menyekat masalah meletak basikal sembarangan.



Cik Meng daripada Mobike berkata bahawa syarikat itu bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan akan terus melabur dalam teknologi untuk meningkatkan perkhidmatannya.



Beliau berkata: "Kami yakin bahawa pengayuh basikal di Singapura menikmati kemudahan mobiliti mudah, murah dan mampan yang ditawarkan oleh Mobike."



Pengguna Mobike sedia ada boleh meminta bayaran balik deposit mereka melalui aplikasi mudah alih dengan memilih butang 'Refund' di laman 'My Wallet'.



Mobike berkata bahawa ia akan memulakan proses pulangan deposit sebaik sahaja menerima permintaan pengguna dan jumlahnya akan dikreditkan ke dalam akaun pengguna dalam masa 10 hari bekerja.



Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Mobike secara langsung di support.sg@mobike.co




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >