Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna Price Kaki kini boleh banding harga barangan mengikut unit

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



MULAI tahun ini, pengguna aplikasi mudah alih, Price Kaki, yang membandingkan harga runcit barangan pasar raya, boleh melihat harga setiap produk mengikut unit juga.



Presiden Persatuan Pengguna Singapura (Case), Encik Melvin Yong, mengumumkan ciri baru aplikasi berkenaan dalam ucapannya pada sesi makan tengah hari penghargaan rakan kerjasama Case baru-baru ini.



Beliau menjelaskan ciri baru itu membantu pengguna membandingkan harga produk merentasi jumlah bungkusan berbeza, seperti mengikut berat dan isipadu.



Kata Encik Yong:



"Kami akan mulakan dengan sekumpulan produk awal, memantau maklum balas pengguna dan melaksanakannya secara progresif merentasi lebih banyak produk."



Aplikasi Price Kaki dilancarkan oleh Case pada 2019, dan pada masa ini meliputi lebih 10,000 barangan, termasuk barangan runcit dan keperluan rumah yang dijual di pasar raya, dan lebih 31,000 barangan yang sudah dimasak dan dijual di medan selera, pusat penjaja dan kedai kopi.



Walaupun titik jualan utama aplikasi ini ialah memberikan harga runcit barangan pasar raya merentas cawangan dan lokasi yang berbeza, ia memaparkan maklumat tambahan seperti promosi yang sedang dijalankan dan turun naik harga.



Encik Yong juga menekankan tentang keperluan mengukuhkan perlindungan bagi pengguna terhadap pembelian yang memerlukan bayaran pendahuluan yang besar.



Menurutnya lagi, pengguna kehilangan sekitar $290,000 berupa prapembayaran pada separuh pertama tahun lalu.



"Keadaan ekonomi yang merosot dalam dua tahun kebelakangan ini telah memberi kesan buruk kepada perniagaan. Dalam beberapa kes, perniagaan tidak dapat meneruskan operasi dan terpaksa ditamatkan kerana isu aliran tunai," kata Encik Yong.



"Dalam keadaan sedemikian, adalah sukar bagi pengguna untuk mendapatkan semula sebarang prabayaran atau wang pendahuluan yang dibayar kepada perniagaan, terutamanya untuk pembelian besar."



Bagi mengukuhkan perlindungan prapembayaran, beliau menambah bahawa Case sedang bekerjasama dengan rakan kongsi industri untuk memperluaskan perlindungan prabayar kepada perniagaan yang menerima pentauliahan di bawah skim CaseTrust Storefront - tanda amalan perniagaan yang adil oleh peruncit, seperti yang dipastikan oleh badan pemerhati pengguna.



"Bagi sektor di mana, pembelian kelihatannya lebih besar, kami menghubungi mereka untuk menggalakkan penggunaan perlindungan prabayar.



"Kami akan berkongsi butirannya tahun depan apabila rancangan ini diperkukuh," katanya.



Pada acara makan tengah hari itu, turut diumumkan bahawa lebih $120,000 dikumpulkan untuk Dana Endowmen Case, yang akan digunakan untuk pendidikan dan usaha jangkauan pengguna berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >