Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna WhatsApp boleh sembunyi perbualan dengan ciri baru 'Chat Lock'

May 18, 2023 | 05:30 AM



WHATSAPP akan melancarkan ciri baru yang membolehkan pengguna menyembunyikan perbualan mereka dalam fail di dalam telefon bimbit, yang boleh dibuka hanya dengan kata laluan atau biometrik seperti cap jari.



Dalam satu catatan blog, WhatsApp berkata ciri bernama 'Chat Lock' ini "melindungi perbualan paling peribadi, dengan adanya satu lagi lapisan keselamatan".



"Kami rasa ciri ini baik untuk mereka yang perlu berkongsi telefon bimbit dari masa ke masa, dengan ahli keluarga, atau jika telefon pengguna berada di dalam tangan orang lain," kata mereka pada Isnin.



Apabila perbualan dikunci, perbualan tersebut akan dikeluarkan dari peti masuk atau 'inbox'.



Pemberitahuan juga akan menyembunyikan isi kandungan perbualan tersebut, tetapi panggilan masuk daripada kenalan dalam perbualan itu tidak akan disekat.



WhatsApp, yang dimiliki oleh Meta Platforms, akan melancarkan ciri 'Chat Lock' ini secara bertahap-tahap.



Ia menambah ciri lain seperti mengunci perbualan pada peranti pendamping, dan membenarkan pengguna mengunci perbualan dengan kata laluan yang lain daripada kata laluan telefon bimbit akan ditambah dalam bulan-bulan akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >