Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggunaan bahasa Melayu dapat tarik lebih ramai pesakit

Mar 18, 2018 | 05:30 AM



LANGKAH Hospital Raffles menyediakan khidmat bahasa Melayu dengan menyediakan kakitangan yang berbahasa Melayu memperlihatkan kemajuan apabila mampu menarik ramai pesakit dari rantau ini - Malaysia, Indonesia, Brunei dan malah dari Singapura sendiri.



Dasar mesra bahasa Melayu yang diterapkan hospital itu telah menyaksikan peningkatan jumlah pesakit yang selesa berbahasa Melayu dari rantau ini untuk ke Singapura bagi mendapatkan rawatan.



Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Raffles, Dr Abdul Razakjr Omar, ketika berkongsi kepada Berita Minggu (BM) akan kepentingan bahasa Melayu bagi menjana pertumbuhan pesakit dari Kepulauan Melayu berkata:



"Keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Melayu adalah penting. Ini membantu kami membangun hubungan yang selesa dengan pesakit kami. Ia sesuatu yang penting dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bermutu.



"Bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkesan, adalah sesuatu yang ideal jika kita dapat berkomunikasi dalam bahasa ibunda pesakit kita. Kami dapat membuat diagnosis, merawat pesakit lebih baik dan pulih lebih cepat.



"Dari perspektif pesakit, mereka berasa lebih yakin dan mendapat keyakinan apabila doktor mereka bercakap bahasa sama."



Menurut Dr Abdul Razakjr, dengan sejumlah doktor dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu, ramai pesakit di rantau memilih datang ke Singapura bagi rawatan perubatan.



Selain kebolehan kakitangan berbahasa Melayu, Hospital Raffles turut menyediakan risalah dalam bahasa Melayu serta prasarana lain yang membantu pesakit serta keluarga mereka berasa selesa di sini.



Timbalan Pengurus Besar Hospital Raffles, Cik Wu Choy Siong, berkata pihak pengurusan hospital turut menyediakan Pejabat Perwakilan dan Pejabat Perhubungan Pesakit di Indonesia malah di Vietnam dan Kemboja untuk memudahkan pesakit datang ke Singapura.



Pejabat-pejabat di luar negara ini akan berhubung dengan Pusat Pesakit Antarabangsa Raffles di Singapura untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan Hospital Raffles, yang menawarkan penjagaan peribadi kepada pesakit antarabangsa.



Para pesakit di Hospital Raffles bukan sahaja diberi layanan yang dekat dengan bahasa ibunda mereka bahkan mendekati mereka dengan kemudahan kerohanian mereka.



Bagi membantu pesakit berasakan suasana sekitaran yang lebih baik, Hospital Raffles sedaya upaya membuat penyesuaian sesuai dengan keperluan adat resam dan budaya pesakit itu sendiri.



Pesakit yang selesa berbahasa Melayu bukan sahaja disediakan dengan kakitangan yang mampu bercakap bahasa Melayu tetapi juga menyediakan keperluan keagamaan mereka.



Pengarah Pusat Pesakit Antarabangsa, Cik Soo Lih-Yi Sujata, berkata kemudahan bagi pesakit Islam telah diatur seperti menyediakan bilik dengan tanda kiblat di dalam bilik pesakit yang terpilih di dalam hospital.



Mereka juga disediakan dengan sejadah untuk bersolat, tikar, selipar dan hos air memudahkan mengambil wuduk.



Cik Soo berkata makanan halal sedia dihidangkan kepada pesakit beragama Islam serta pesakit wanita Islam disediakan dengan seorang pendamping wanita sepanjang konsultasi dengan doktor.



Dr Abdul Razakjr berkata:



"Bahasa boleh menjadi penghalang kepada pesakit asing yang tidak dapat berbahasa Inggeris.



"Ramai doktor kami dapat bercakap pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan bahasa asing.''



Di samping itu, Hospital Raffles menyediakan pegawai perhubungan pesakit dan pegawai pemasaran hospital yang dapat berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Indonesia, Mandarin, Perancis, Tamil, Myanmar, Hindi, Bangladesh, Russia dan Vietnam.



"Beberapa kakitangan barisan hadapan kami juga telah dihantar menghadiri kursus untuk belajar Mandarin, bahasa Indonesia dan bahasa Arab.



"Bantuan penterjemah luar akan kami dapatkan jika kakitangan kami tidak dapat menterjemah maklumat dalam bahasa tertentu,'' ujar Dr Razakjr lagi.



Sebagai penyedia penjagaan kesihatan, bukan sahaja tanggungjawab merawat pesakit tetapi juga untuk menangani kebimbangan dan persoalan pesakit dan anggota keluarga mereka.



"Keupayaan berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa yang selesa membantu membina kepercayaan, dan ini adalah komponen penting ketika membincangkan isu-isu kesihatan.



"Singapura yang terletak di Kepulauan Melayu, justeru bahasa Melayu akan kekal sebagai salah satu bahasa komunikasi utama,'' ujar Dr Razkjr.



Pengarah Pemasaran Hospital, Cik Foo Min Meng, pula berkata pihaknya sentiasa meletakkan diri mereka di dalam diri pesakit untuk memahami dan memenuhi keperluan pesakit.



"Pesakit luar negara secara semula jadi bimbang tentang keadaan perubatan mereka apatah lagi jika keadaan kesihatan mereka serius.



"Oleh itu, kami telah menyediakan maklumat menerusi klinik perubatan antarabangsa dalam bahasa tempatan untuk membantu mereka mencari penjagaan perubatan yang sesuai."



Menyedari kepentingan itu, pihak hospital turut menyediakan khidmat permohonan kemasukan visa dan lanjutan visa.



Para pesakit juga dibantu dengan perancangan perjalanan, penginapan, pengangkutan atau pemindahan pesakit di lapangan terbang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >