Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggunaan teknologi dapat kukuhkan sistem jagaan kesihatan S'pura: Masagos

Tugas pekerja penjagaan kesihatan dapat diringankan dengan inovasi di dalam sektor tersebut
Aug 04, 2021 | 05:30 AM



PENGGUNAAN teknologi dapat memastikan kemampanan sistem penjagaan kesihatan di Singapura sedang ia berdepan dengan Covid-19 dan penduduk yang menua, kata Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini termasuk memanfaatkan kecerdasan buatan dalam penjagaan pesakit dan pendigitalan dalam membuat tempahan konsultasi bagi meringankan tugas pekerja penjagaan kesihatan.



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata demikian dalam ucapannya di Kongres Pengurusan Penjagaan Kesihatan Singapura ke-11 yang diadakan secara maya semalam.



Acara itu mengumpulkan lebih 1,800 ketua penjagaan kesihatan dari beberapa negara untuk membincangkan amalan terbaik serta inovasi.



"Sedang kita meneruskan perjuangan kita terhadap Covid-19, kita tidak boleh melupakan fokus jangka panjang kita untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan kita dan memastikan kemampanannya," kata Encik Masagos.



"Kita perlu berinovasi dan mencari jalan untuk memastikan beban kerja yang semakin meningkat adalah mampan untuk tenaga kerja kita, sedang kita menghadapi kekangan tenaga kerja jangka panjang dan cabaran merentas semua sektor," tambahnya.



Encik Masagos menyebut beberapa cara memastikan sistem penjagaan kesihatan negara ini dapat dipastikan kekal dimampui, mudah diakses dan bermutu.



Antaranya, teknologi boleh digunakan untuk memantau pesakit akut dari jauh di rumah mereka.



Beliau menukil program oleh Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), di mana pesakit dengan kondisi akut, jika tidak perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan intravena dan pemantauan, boleh dirawat di rumah mereka.



Pesakit dipakaikan alat yang menghantar tanda-tanda penting seperti degupan jantung dalam masa sebenar kepada pasukan penjagaan di hospital.



Sebuah pasukan perubatan berbilang disiplin boleh mengunjungi pesakit itu, dan juga menggunakan khidmat teleperubatan.



Program NUHS@Home itu dimulakan Oktober lalu dan telah mempunyai lebih 70 pesakit sejauh ini.



Bayaran perubatan bagi pesakit di rumah itu 20 peratus lebih rendah berbanding pesakit yang dirawat di hospital.



"Sedang kajian lebih lanjut diperlukan sebelum program seperti ini dapat dipertingkat, ia adalah visi dan permulaan yang baik untuk melihat bagaimana teknologi dapat membolehkan kita menghasilkan alternatif kepada rawatan di hospital," kata Encik Masagos.



Pendigitalan juga bukan hanya memberi kesan besar kepada karyawan penjagaan kesihatan tetapi turut memberi kemudahan kepada pesakit.



Memberi contoh, Encik Masagos berkata SingHealth telah memperkenalkan sebuah sistem yang menggunakan algoritma yang memudahkan tempahan konsultasi dan ujian diagnostik di Klinik Pesakit Luar Pakar (SOC) secara automatik.



Sistem itu sedang dirintis di Poliklinik Bukit Merah dan Outram, dan antara Ogos 2019 dengan Jun lalu, hampir 320 jam masa kakitangan perkhidmatan pesakit (PSA) membuat janji temu dan hampir 1,200 jam masa pesakit menunggu telah berjaya dijimatkan.



"Melalui ini, PSA dan klinisian SingHealth dapat memperuntukkan lebih banyak masa mereka untuk mengurus keperluan pesakit," kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >