Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantar Grab minum Milo pelanggan, dilarang daripada aplikasi Grab

Sep 08, 2023 | 03:41 PM



Tidak sedar bahawa terdapat kamera pemantauan di rumah pelanggan, seorang penghantar makanan GrabFood dilihat meminum minuman Milo McDonald’s yang dipesan seorang pelanggan di depan pintu rumahnya.

Beliau kemudian didakwa memberikan cawan Milo yang telah diminum itu kepada pelanggan tersebut.

Kisah ini disampaikan seorang pelanggan GrabFood di video TikTok yang dimuat naik pada Khamis.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), jurucakap Grab berkata perbuatan itu bercanggah dengan tatakelakuan mereka dan penghantar makanan itu telah dilarang daripada wadah Grab pada hari kejadian itu dilaporkan.

“Kami juga telah memberi balik bayaran penuh bagi pesanan itu kepada pengguna kami. Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ini merupakan kejadian yang berlaku sekali dan tidak mencerminkan piawaian tinggi yang ditegakkan rakan penghantaran kami,” ujarnya.

Dalam video tersebut, penghantar makanan itu, menerusi rakaman kamera pemantauan, menunjukkan beliau memegang secawan Milo dari McDonald’s.

Beliau kemudian meminum Milo tersebut.

Pengguna TikTok haziquehibri, dalam video itu berkata mungkin penghantar makanan itu telah membeli minumannya sendiri sambil menunggu pesanan beliau siap.

Namun, penghantar makanan itu tiba dengan hanya secawan Milo.

Malah, ruang untuk minum air tersebut dilihat “sangat basah”.

Pengguna TikTok itu berkata beliau tidak tahu sama ada itu disebabkan air liur atau peluh atau Milo yang tertumpah, tetapi kemudian memutuskan bersemuka dengan penghantar makanan itu.

Beliau kemudian bertanya kepada penghantar makanan tersebut sama ada penghantar itu sedar bahawa terdapat kamera, dan penghantar tersebut menjawab, “Huh?”.

“Saya memahami keadaan penghantar makanan ini dan saya faham bahawa kerjanya memenatkan. Saya faham anda boleh kehausan tetapi ambil sahaja daripada saya. Jangan beri saya sesuatu yang anda telah sentuh dengan mulut anda,” ujarnya.

Menurutnya, penghantar tersebut mempunyai rating lima bintang tetapi beliau memutuskan untuk tidak mendedahkan identitinya.

Sebaliknya, sekiranya wadah penghantaran makanan lain seperti foodpanda dan Deliveroo ingin mengetahui identiti penghantar tersebut, beliau bersedia mendedahkannya kepada mereka.




@haziquehibri

can’t believe this is what ends up being my first ever TikTok 💀 #fooddelivery #grabfood #service #unclestengmymilo #unclecheckforpoison #goodbyeMILOver jumping back in to address some of the common questions you guys had: *Which part of the East?* this was from a Macs in Tamp *Drop his name?* According to some news sites that spoke with Grab, they’ve already banned him from the platform so I don’t think there’s a need to publicly share it. Delivery partners should just take note of this guy tho. *Camera?* To clarify, this was a camera integrated within the intercom system so he did this at the lift lobby, not in front of my door.

♬ original sound - haziquehibri - haziquehibri

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >