Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 bukti kecekapan dan kebolehan sektor kesihatan sesuai diri

SingHealth Pasukan Terbaik di Anugerah Perkhidmatan Berkualiti Kesihatan SG
Mar 30, 2021 | 05:30 AM



COVID-19 telah membuktikan kecekapan dan kebolehan institusi dan kakitangan kesihatan di sini menyesuaikan diri sedang mereka bergelut dengan lonjakan permintaan sumber tenaga manusia perubatan serta keperluan menangani situasi yang begitu cepat berubah.



Demikian kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dalam ucapannya di acara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Berkualiti Kesihatan Singapura 2021 yang diadakan di auditorium Ngee Ann Kongsi, Academia di Hospital Besar Singapura (SGH) semalam.



"Dengan perancangan yang pantas dan teliti, kita telah membangunkan dan menambah kemudahan penjagaan kesihatan serta kapasiti untuk bertindak balas terhadap lonjakan kes Covid-19," ujar Encik Gan.



Memberi contoh, beliau berkata Kemudahan Penjagaan Masyarakat (CCF) seperti di Singapore Expo "membantu memastikan hospital-hospital kita mempunyai kapasiti sesuai untuk menjaga pesakit yang mempunyai keperluan penjagaan lebih kritikal".



Pada April tahun lalu, SingHealth telah ditugaskan menyediakan dan mengendalikan 3,200 katil di CCF@Expo bersama-sama rakan kerja lain.



"Ini dapat dicapai dalam masa 10 hari.



"Kerja keras dan dedikasi mereka membolehkan mereka mencapai sifar kejadian buruk pesakit, sifar jangkitan pekerja penjagaan kesihatan dan memberikan pengalaman positif bagi penduduk di CCF," kata Encik Gan sambil memuji pasukan yang diketuai Profesor Madya Tan Hiang Khoon dan Penolong Profesor Chow Wei En itu.



Pasukan tersebut terdiri daripada doktor, jururawat, profesional kesihatan bersekutu, kakitangan pentadbiran daripada pelbagai institusi SingHealth serta anggota masyarakat.



Pasukan tersebut telah diberi Anugerah Pasukan Terbaik semalam.



Anugerah Perkhidmatan Berkualiti Kesihatan Singapura tahun ini telah mengiktiraf sumbangan besar kakitangan dan rakan kerja penjagaan kesihatan dalam penentangan Singapura melawan wabak Covid-19.



"Meskipun perjuangannya masih berterusan, kami ingin mengambil kesempatan untuk menghargai dan mengiktiraf usaha pahlawan penjagaan kesihatan kita yang telah melakukan lebih daripada apa yang diperlukan untuk berkhidmat dengan berani dan tanpa lelah.



"Perjalanan kami dalam setahun lalu bukan mudah tetapi saya berbesar hati kerana kami tetap berdaya tahan dan mengatasi banyak cabaran bersama untuk sampai ke mana kita berada sekarang," menurut Encik Gan.



Beliau turut menambah bahawa dengan perubahan demografik dan masyarakat Singapura, sistem penjagaan kesihatan juga perlu terus berubah demi memenuhi keperluan penduduk.



"Kami sedang menggunapakai dan membangunkan teknologi untuk meningkatkan rawatan pesakit, produktiviti dan menjadikan sistem penjagaan kesihatan kita bersedia untuk masa hadapan, dan pada masa yang sama memastikan ia kekal mampan," ujarnya.



Encik Gan turut meyakinkan kakitangan penjagaan kesihatan bahawa Singapura akan terus membina keupayaan sektor tersebut selain melabur dalam latihan kemahiran serta reka bentuk semula pekerjaan.



Ini agar mereka dapat terus disokong dan boleh menyumbang dengan lebih banyak pada setiap peringkat pekerjaan, tambah beliau.




PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA PEKERJA KESIHATAN



"Meskipun perjuangannya masih berterusan, kami ingin mengambil kesempatan untuk menghargai dan mengiktiraf usaha pahlawan penjagaan kesihatan kita yang telah melakukan lebih daripada apa yang diperlukan untuk berkhidmat dengan berani dan tanpa lelah.

"Perjalanan kami dalam setahun lalu bukan mudah tetapi saya berbesar hati kerana kami tetap berdaya tahan dan mengatasi banyak cabaran bersama untuk sampai ke mana kita berada sekarang.''

- Menteri Kesihatan Gan Kim Yong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >