Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghargaan dan sokongan

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Specialist Care Group (SCG) merangkap Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group (IHG), Dr Abdul Razakjr Omar, merupakan antara penerima Pingat Bakti Setia (Gangsa) tahun ini bagi sumbangan beliau selama 10 tahun sebagai sukarelawan dan aktivis di Teck Ghee.



Bercakap kepada Berita Harian, beliau menyatakan bahawa PAP telah membuktikan kemampuan mereka untuk mentadbir Singapura.



"PAP dipercayai untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur dan progresif tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan.



"Ini boleh dicapai kerana dedikasi yang diberikan oleh para pemimpin, para relawan, anggota-anggota parti dan aktivis," ujar beliau yang juga anggota jawatankuasa eksekutif M3@Chua Chu Kang.



Sementara itu, antara karyawan Melayu lain yang turut dilihat di Persidangan dan Majlis Anugerah Parti Tindakan Rakyat (PAP) 2022 termasuk pengarah urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast (TEL), Encik Shahrin Abdol Salam.



Memberikan respons beliau mengenai ucapan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong, Encik Shahrin yang juga anggota jawatankuasa eksekutif M3@Jurong mengatakan bahawa Singapura perlu terus bersifat progresif dan dinamik dalam era yang sentiasa berubah pesat.



"Adalah penting bagi negara kita untuk mempunyai pucuk kepimpinan politik dan pemerintah yang cekap untuk menerajuinya; yang mengambil berat serta prihatin terhadap keperluan negara serta penduduknya demi meraih kejayaan dan menuju ke arah perpaduan nasional supaya Singapura sentiasa menjadi sebuah negara yang unggul di mata dunia.



"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad kerana dipilih ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP).



"Semoga masyarakat kita sama-sama terus mencapai kemajuan di bawah pucuk kepimpinan beliau dan juga kepimpinan PAP generasi 4G," kata beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Ayer Rajah dan pengerusi jawatankuasa pengurusan Kelab Masyarakat Ayer Rajah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >