Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghuni Rumah Peralihan Pertapis sumbang gunting rambut warga emas secara percuma

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI sebahagian daripada inisiatif menyumbang kepada masyarakat, tiga penghuni Rumah Peralihan Pertapis (PHH) menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma untuk warga emas yang tinggal di sekitar Cassia Crescent.



Dipanggil 'Projek Gunting', inisiatif itu memberi peluang kepada penghuni PHH menyumbang kepada masyarakat dan mempunyai matlamat dalam hidup.



Seramai 30 warga emas hadir untuk perkhidmatan gunting rambut itu, yang diadakan di Pusat Penuaan Aktif Thye Hua Kwan @ Cassia dari 10 pagi hingga 5 petang semalam.



Ketiga-tiga penghuni PHH tersebut telah menjalani latihan oleh sekolah dandanan rambut Kimage Hairdressing School.



Seorang daripada mereka, Encik Zack (bukan nama sebenar), berasa gembira dapat terlibat dalam Projek Gunting kerana ia membolehkannya melakukan sesuatu yang bermakna.



"Saya bangga dapat meluangkan masa saya untuk Projek Gunting. Pada mulanya saya gementar untuk memotong rambut warga emas tetapi saya perlahan-lahan bertambah yakin.



"Memang berbaloi melihat senyuman mereka selepas saya memotong rambut mereka," kata Encik Zack, 43 tahun.



Beliau dipenjarakan bagi kesalahan dadah pada 2018 dan dibebaskan pada Ogos tahun lalu.



Encik Zack sekarang bekerja bersama Pertapis Movers, yang menyediakan perkhidmatan pemindahan untuk orang berpindah rumah.



"Saya melakukan banyak kesalahan pada masa lalu. Sekarang saya mahu menerapkan apa yang saya pelajari di Pertapis dan membuat diri saya berguna dengan menyumbang kepada masyarakat," ujarnya.



Seorang lagi penghuni PHH, Encik Deen (bukan nama sebenar), berasa bersyukur dapat menghulurkan khidmatnya bagi Projek Gunting.



Beliau telah ditahan sebanyak 10 kali bagi kesalahan dadah dan dibebaskan dari penjara pada 2020.



"Saya bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada masyarakat. Ia memberi saya matlamat (dalam hidup) dan saya rasa saya diperlukan oleh masyarakat," kata Encik Deen, 56 tahun.



Beliau pernah bekerja sebagai tukang gunting rambut, tetapi sekarang menjadi pembuat piza di Domino's Pizza.



Pekerja sosial Pertapis, Encik Muhammad Kashari Kassim, berkata Projek Gunting akan diperluas pada masa hadapan kepada kumpulan lain.



"Ia adalah satu pendedahan baik untuk mereka (penghuni PHH) mengenali masyarakat dan untuk masyarakat mengenali mereka.



"Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan THK. Kami merancang meneruskan inisiatif ini dan bekerjasama dengan lebih banyak pertubuhan perkhidmatan sosial," kata Encik Kashari, 35 tahun.



Pengurus Pusat di Pusat Penuaan Aktif @ Cassia, Encik Muhammad Fayyadh Rahmat, percaya inisiatif seperti Project Gunting membantu meningkatkan keyakinan penghuni rumah peralihan.



"Saya rasa inisiatif ini memberi mereka rasa kekitaan. Ia membantu mengintegrasikan semula mereka ke dalam masyarakat dan berasa mereka diperlukan orang ramai," kata Encik Fayyadh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >