Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengimport, pengarah syarikat didenda dek jual itik salai dengan sijil halal palsu

Jul 17, 2023 | 07:52 PM



Sebuah syarikat pengimport makanan berlesen dan pengarahnya telah didenda atas beberapa kesalahan termasuk menjual itik salai yang secara palsu dilabel sebagai ‘halal’ kepada kedai makanan yang mempunyai sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). 

Yocorn Food Enterprise Pte Ltd (Yocorn) didenda $35,000 dan pengarahnya, Wang Lijun, pula didenda $20,000 di bawah Akta Daging dan Ikan yang Selamat Dimakan 1999.

Yocorn juga didapati bersalah menjual sebahagian produk ikan beku secara konsainan sebelum diperiksa dan mendapat pensijilan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA), menurut satu kenyataan bersama SFA dan Muis pada Isnin.

Pada Jun 2019, Muis mendapati sijil halal yang meragukan untuk itik salai, yang kononnya dikeluarkan oleh ARA Halal Certification Services Centre Inc (ARA), sebuah badan pensijilan halal berpangkalan di China.

“Itik salai itu diimport dari China oleh pengedar tunggalnya, Yocorn. ARA mengesahkan kepada Muis bahawa sijil halal adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh mereka,” kata kenyataan itu.

Dua bulan kemudian, pegawai Muis mengunjungi Yocorn dan Wang, yang mendakwa mereka tidak mengetahui tentang sijil halal palsu itu. 

Atas nasihat pegawai Muis, Wang bersetuju untuk berhenti melabelkan itik salainya sebagai ‘halal’ dan untuk membuang semua logo ‘halal’ palsu daripada pembungkusan produk.

Muis kemudian memantau dengan teliti kemungkinan pembelian itik salai Yocorn oleh pemegang sijil halalnya dan sehingga Jun 2020, tiada pembelian yang dikesan sepanjang tempoh itu. Ini walaupun sijil Halal ARA berbeza digunakan.

“Muis melakukan satu lagi pengesahan dengan ARA, yang sekali lagi mengesahkan bahawa sijil halal ini juga palsu dan tidak dikeluarkan oleh mereka. Muis melawat Yocorn sekali lagi dan mengarahkan mereka untuk berhenti melabelkan dan menjual itik salainya sebagai ‘halal’,” jelas Muis dan SFA.

Dalam kedua-dua kejadian itu, Muis telah memaklumkan pemohon sijil halalnya untuk sama ada melupuskan atau memulangkan stok itik salai mereka dan untuk mendapatkan produk alternatif yang diperakui halal. 

Muis juga mengeluarkan memo yang sama kepada semua pemegang sijil halal mengenai sijil halal ARA yang palsu untuk itik salai yang diimport.

Muis kemudian melaporkan perkara tersebut kepada SFA pada 24 Jun 2020. 

Pada 3 Julai 2020, berikutan laporan Muis, SFA menemui 4,455 paket itik salai seberat 4,009.5kg dengan label ‘halal’ di premis Yocorn. 

Wang didapati terus menjual produk itik salai tidak halal sebagai ‘halal’ walaupun sebelumnya telah diarahkan Muis untuk tidak berbuat demikian.

Siasatan SFA selesai dijalankan pada Disember 2021 dan Yocorn didakwa.

Dalam kes berasingan, Yocorn pada 3 Februari 2022 telah didapati bersalah mengimport 692kg ikan salmon salai beku yang dihiris dari China dan menjual lebih 109kg konsainan sebelum diperiksa dan mendapat pensijilan SFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >