Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyelidik S'pura bangun ujian darah bagi rawatan, pengesanan barah

Jun 07, 2021 | 05:37 PM



PENYELIDIK Singapura telah membangun ujian darah yang bukan sahaja membolehkan doktor mengenal pasti keberkesanan rawatan barah dalam masa 24 jam tetapi mengesannya dalam pemeriksaan tahunan.



Rawatan yang disasarkan buat barah seperti imunoterapi menyekat pertumbuhan tidak normal sel barah dengan menyerang molekul tertentu yang mengarahnya agar berkembang dan menular.



Namun, bagi menilai keberkesanannya, klinisian sering bergantung pada teknik pengimejan seperti imbasan MRI dan CT, dan hanya boleh ditentukan berminggu selepas rawatan, jelas Penolong Profesor Shao Huilin daripada Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Institut Inovasi dan Teknologi Kesihatan (iHealthtech).



Sebagai gantian, biopsi tisu, yang merupakan prosedur invasif, dijalankan, katanya. 



Profesor Shao dan pasukannya sudah membangunkan ExoScope yang boleh mengesan secara tepat keberkesanan ubat buat barah dalam masa sehari dengan penggunaan wadah bagi mengenal pasti vesikel di luar sel yang mengalir dalam darah.



Vesikel di luar sel dikeluarkan sel barah dan membawa bermacam "kargo" yang diwarisi daripada sel induk termasuk protein, DNA, RNA dan ubatan lain.



Apabila rawatan barah ini berjaya, ia bererti ubatan barah yang disasarkan berpaut pada sel barah dan masuk campur dalam tumbuhan tumor. Justeru sel yang dirawat akan mengelurkan vesikel ekstraselular yang mengandungi ubatan dalam aliran darah.



Ia mungkin adalah ujian darah rutin yang disepadukan dengan pemeriksaan kesihatan tahunan, ujar Profesor Shao kepada akhbar The Straits Times.



Pasukan ini akan menjalankan ujian klinikal buat 106 pesakit barah paru-paru yang menerima rawatan yang disasarkan bagi mengesahkan keberkesanan wadah ExoScope.



Berbanding pengimejan tumor yang kini dianggap sebagai cara terbaik mengenal pasti keberkesanan rawatan, ExoScope mencapai kadar ketepatan 95 peratus apabila dikendalikan dalam masa 24 jam rawatan beroperasi.



Menyifatkan hasil ujian klinikal sebagai "menggalakkan", Profesor Shao berkata ujian darah boleh juga digunakan bagi pengawasan rawatan masa nyata dan boleh membawa pada keputusan merawat yang lebih tepat pada masanya.



Hasil penemuan kajian pasukan ini diterbitkan dalam jurnal saintifik Nature Nanotechnology pada 8 Mac. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >