Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengumpulan wap mudah terbakar punca kebakaran di pusat servis kereta Audi

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



SIASATAN awal menunjukkan bahawa letupan di pusat khidmat Audi pada awal Mac disebabkan pengumpulan wap mudah terbakar dalam tangki minyak buangan yang diletakkan di dalam bilik motor lif.



Demikian didedahkan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC) pada Isnin.



Pada 7 Mac lalu, letupan di pusat khidmat Audi itu yang terletak di Ubi, mengakibatkan satu kecederaan dan 100 orang dipindahkan.



Letupan itu turut dirasai oleh mereka yang bekerja di bangunan berhampiran dan menyebabkan beberapa orang berlari mencari perlindungan, lapor The Straits Times.



Secara berasingan, WSHC pada Isnin turut mengetengahkan kebakaran besar yang berlaku di gudang pengadunan dan penyimpanan bahan kimia industri di Tuas South pada 13 Mac.



Menurut majlis itu, siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran bermula daripada unit pelekat yang mengandungi pelarut mudah terbakar.



Dua orang cedera ringan dan sekitar 40 orang di dalam bangunan itu telah dipindahkan.



"Meskipun tiada yang cedera parah, kedua-dua kejadian itu menunjukkan keperluan bagi tempat kerja menguruskan bahan mudah terbakar dengan lebih baik kerana kebakaran di tempat kerja boleh mengakibatkan kecederaan besar-besaran dan menyebabkan kerosakan teruk terhadap aset," kata majlis itu.



Ia menyeru semua syarikat yang menyimpan atau mengendalikan bahan mudah terbakar - termasuk produk petroleum dan pelarut organik yang tidak menentu (volatile) - untuk mengkaji semula langkah keselamatan mereka dengan segera.



Majlis itu juga menasihati syarikat untuk memastikan pelaksanaan penilaian risiko dan latihan yang berkesan, serta penyimpanan, pengendalian dan pelupusan, apabila bekerja dengan bahan mudah terbakar.



Sebagai contoh, syarikat mesti memastikan kawasan penyimpanan mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengelakkan pengumpulan wap mudah terbakar.



Penyimpanan mudah terbakar juga mesti diasingkan daripada sumber haba dan pencucuhan.



Pekerja hendaklah memakai peralatan perlindungan diri seperti pakaian kalis api, sarung tangan dan but keselamatan apabila mengendalikan bahan mudah terbakar.



Keserasian bahan kimia sisa mudah terbakar hendaklah diperiksa sebelum ia dibuang ke dalam tangki pengumpulan dan jika perlu, ujian makmal hendaklah dijalankan untuk memastikan bahan berbahaya sebelum menggabungkan sisa daripada sumber yang berbeza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >