Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung tiba di SG melalui VTL dikenakan penguatkuasaan lebih ketat

VTL
Dec 23, 2021 | 05:30 AM



PENGUATKUASAAN lebih ketat akan dikenakan ke atas pengunjung yang datang melalui skim Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) apabila mereka tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Ini termasuk menjalani ujian Covid-19 setiba mereka di sini dan melakukan ujian pantas antigen (ART) kendiri setiap hari.



Pegunjung datang melalui VTL darat perlu mengambil ART, sementara yang datang melalui VTL udara perlu menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR).



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, MOH berkata pada hari kedua, keempat, kelima dan keenam, pengunjung dikehendaki menghantar hasil ART kendiri mereka dalam talian menggunakan pautan yang akan dihantar kepada mereka.



Mereka hanya boleh keluar melakukan aktiviti pada hari-hari itu jika hasil ujian negatif.



Pada hari ketiga dan ketujuh, ART mesti dilakukan di bawah penyeliaan di Pusat Ujian Digabungkan (CTC) atau Pusat Ujian Pantas (QTC), dan pengunjung hanya boleh keluar jika hasilnya negatif.



Pengunjung tidak menjalani ujian yang ditetapkan dan/atau tidak menyerahkan hasil ujian mereka akan diberi Perintah Menetap atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan akan menghadapi tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.



"Disebabkan peningkatan dalam kes (varian) Omicron di seluruh dunia, pengunjung harus melaksana tanggungjawab peribadi, meminimumkan interaksi sosial mereka dan menahan diri daripada aktiviti berisiko tinggi di mana pelitup tidak dipakai, seperti makan di kedai makanan dan minuman, bersenam di gim atau menghadiri kelas kecergasan.



"Mereka juga harus mengelakkan menghadiri perhimpunan besar dan tempat sesak selama tujuh hari dari ketibaan, walaupun mereka mempunyai keputusan ART harian negatif.



"Pengunjung tidak sihat, termasuk yang menunjukkan simptom awal atau ringan harus bersikap bertanggungjawab sosial dan mendapatkan rawatan perubatan segera," kata MOH.



INFOGRAFIK: Proses ujian bagi pelawat ke Singapura melalui Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >