Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengurusan selamat dipertingkat tidak jejas operasi bas: LTA

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



KES jangkitan Covid-19 di pusat pertukaran bas dan langkah pengurusan selamat yang dipertingkatkan tidak akan meninggalkan kesan besar terhadap operasi bas buat masa ini, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Namun pada masa, LTA menjelaskan, sekiranya kelompok jangkitan itu semakin meningkat, sudah ada rancangan untuk melanjutkan tempoh waktu antara khidmat bas.



Ini sekali gus bermakna, penumpang boleh menjangkakan waktu menunggu yang lebih lama, seperti yang sudah dilaporkan di pusat pertukaran bas Jurong East.



Difahamkan juga bahawa satu atau dua khidmat bas sudah mula terjejas.



Menurut kenyataan LTA:



"Tidak ada kesan besar terhadap operasi bas sejauh ini.



"Tetapi, LTA telah bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam untuk membangunkan pelan kecemasan yang boleh dilaksanakan secepat mungkin untuk mengurangkan kesan ke atas penumpang sekiranya timbul lebih banyak kes, hasil daripada pengujian pemantauan masyarakat yang berjalan.



"Sebarang usaha melanjutkan tempoh masa di antara khidmat bas akan dijalankan secara progresif, bermula dengan khidmat bas yang mempunyai permintaan rendah bagi mengurangkan kesannya ke atas penumpang."



LTA menambah bahawa para pekerja pengangkutan awam telah bekerja keras untuk memastikan pengangkutan awam terus berjalan dengan lancar sejak 18 bulan.



"Kami ingin merakamkan penghargaan kepada pekerja pengangkutan awan di atas pengorbanan mereka dan kerjasama yang berterusan serta sokongan dari rakan kerjasama tiga pihak," kata LTA.



Sementara itu, difahamkan bahawa pihak berkuasa belum menentukan kaitan di antara kelompok pertukaran bas kerana terdapat kesamaan pada profil virus di antara pemandu bas dengan awam.



Tidak begitu juga jelas bagaimana kakitangan bas pertama menjangkiti virus, namun ada kaitan di antara kakitangan bas di ruang dikongsi.



Semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 314 kes yang berkait dengan lapan pusat pertukaran bas - di Tampines, Boon Lay, Jurong East, Toa Payoh, Bishan, Punggol, Clementi serta Sengkang.



Tambah LTA, rejim pengujian proaktif di samping ujian pemantauan masyarakat oleh Kementerian Kesihatan (MOH), telah membantu mengesan dan mengasingkan hampir separuh daripada pemandu bas yang positif Covid-19 di pusat pertukaran bas.



"Sebahagian besar pekerja dijangkiti adalah asimptomatik dan menunjukkan gejala sederhana. Tiada yang jatuh sakit teruk," kata LTA dalam kenyataannya.



Dalam pada itu, Anggota Parlimen buruh yang juga Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Nasional, Encik Melvin Yong berkata dalam kenyataannya bahawa mereka yang dijangkiti sejauh ini mempunyai gejala sederhana atau tiada gejala serta sedang pulih dengan baik.



"Kami akan terus berhubungan dengan mereka dan mereka yang sudah menjalani kuarantin, serta bekerja rapat dengan LTA dan pengendali pengangkutan bagi membendung penularan virus ini," tambah Encik Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >