Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga bantu warga jimat belanja, tawar 'hidangan bajet'

Mar 12, 2023 | 05:30 AM



PERNAH satu masa dahulu, Encik Muhammad Imran Nijam Mohamed merasakan keperitan hidup dalam keadaan susah hingga tidak mampu membeli makanan.



Pengalaman itu sesuatu yang menyayat hati, namun ia dijadikan sebagai satu peringatan kepada dirinya, untuk membantu mereka yang memerlukan, apabila beliau berjaya kelak.



Kini sebagai seorang peniaga makanan dan minuman (F&B), Encik Imran, 34 tahun, menepati janji yang dibuat kepada diri sendiri itu.



Bersama dengan abang iparnya, Encik Muhammad Hairi Mukri; isteri, Cik Hairina Shireen Mukri; dan ibu bapa mertuanya, Cik Rahimah Edris dan Encik Mukri Bujor, mereka sama-sama memulakan perniagaan menjual nasi padang dan masakan Melayu sekitar tujuh tahun lalu.



Daripada hanya sebuah gerai di Chai Chee, ia kemudian berkembang kepada dua gerai lagi di Bedok dan Tampines, dengan ketiga-tiga gerai itu menjual makanan pada harga yang berpatutan dan boleh dimampui segenap lapisan masyarakat.



Khususnya, bagi gerai di kedai kopi Happy Hawkers di Tampines, mereka menawarkan pilihan 'hidangan bajet' - iaitu nasi goreng, mi goreng atau kway teow goreng dengan telur dadar hanya pada harga $2.50, atau $2 sahaja tanpa telur dadar.



Bahkan, kebanyakan hidangan lain di kedai mereka, seperti mi rebus dan nasi lemak, dijual dengan harga $3.



"Hidangan bajet ini salah satu pilihan yang saya tawarkan kepada pelanggan. Bagi saya juga, ini satu cara untuk saya sumbang kembali ke masyarakat.



"Saya ingin memberi sokongan kepada penduduk di kawasan kejiranan di Tampines ini. Ada yang warga emas dan mereka mungkin ada simpanan tetapi perlu berjimat cermat," kata beliau.



Kedai kopi Happy Hawkers di Tampines kendalian Koufu itu antara 72 kedai kopi di sini yang menawarkan hidangan bajet sedemikian di bawah satu skim makanan yang boleh dimampui.



Pada Khamis lalu, telah diumumkan bahawa kesemua 374 kedai kopi yang disewa dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan perlu menawarkan hidangan bajet menjelang 2026 demi memastikan makanan boleh terus dimampui penduduk di kawasan kejiranan.



Meskipun kenaikan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang meningkat kepada 8 peratus sejak Januari dan inflasi mendorong kos bahan mentah naik lebih tinggi, Encik Imran berkata beliau tidak terlalu bimbang tentang keputusannya untuk menawarkan hidangan bajet kepada pelanggan, malah menambah beliau tetap dapat meraih keuntungan dalam perniagaan.



"Terus terang saya katakan saya serahkan pada Allah swt. Namun, sebagai peniaga, tentunya saya telah buat perkiraan. Alhamdulillah, kami masih dapat keuntungan dan dapat tampung kos operasi, termasuk gaji pekerja.



"Secara peribadi, saya rasa kita sebagai peniaga tidak boleh terlalu pentingkan keuntungan saja. Kita juga harus munasabah dan ada sikap timbang rasa untuk pastikan harga makanan yang kita jual itu berpatutan dan boleh dimampui," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >