Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga beriani ghairah bakal dapat lepas rindu temu pelanggan di gerai

Jun 17, 2020 | 05:30 AM



SETELAH berbulan tidak bertemu dengan ramai pelanggan tetap yang menjamu selera di gerainya, akhirnya rindu Sheik Abdul Hannan Sheik Abdul Hamid akan terubat juga.



Ini setelah orang ramai dibenarkan semula makan di luar seperti di kafe, restoran dan pusat penjaja di bawah fasa kedua pembukaan semula ekonomi mulai Jumaat ini.



Sheik Abdul Hannan, yang mengendalikan Gerai Briyani Geylang di Pasar dan Pusat Makanan Geylang Serai, berkata beliau memang ghairah untuk berkhidmat seperti sedia kala.



Namun demikian, peniaga berusia 32 tahun itu tetap berwaspada dan merancang untuk terus memastikan langkah jarak sosial tetap dilaksanakan untuk para pelanggan.



Menjelaskan lebih lanjut, Sheik Abdul Hannan, yang mengendalikan gerai bersama bapanya, Sheik Abdul Hamid Bin Sheik Daud, berkata:



"Kami memang sangat gembira pelanggan dapat menjamu selera semula di gerai dan tempat makan di luar.



"Waktunya juga bertepatan sebab kami sudah hentikan khidmat penghantaran kami ekoran permintaan yang kurang menggalakkan selepas Ramadan.



"Jadi, ini amat membantu dan kami harapkan lebih ramai pelanggan, terutama pelanggan tetap yang suka datang dan makan di sini bersama keluarga mahupun teman, akan dapat kami temu nanti.



"Ini ibarat 'reunion' atau pertemuan semula dengan pelanggan kami yang lama tak kelihatan!"



Menurutnya, kini persiapan sedang giat dilakukan untuk menyambut lebih ramai pelanggan.



"Ini termasuk mengeluarkan pinggan mangkuk, sudu dan garfu yang sudah berbulan terperuk di dalam sepanjang pemutus litar!



"Kami juga membuat persiapan yang perlu apabila pelanggan yang datang makan mula ramai kembali, seperti tenaga kerja untuk mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya," tambah beliau yang mempunyai tiga pekerja lain.



Pada masa yang sama, beliau akur bahawa masih ada segolongan masyarakat yang masih berhati-hati untuk keluar rumah.



Lantaran itu, Sheik Abdul Hannan akan memastikan peraturan pemerintah berhubung jarak selamat terus dilaksanakan.



"Misalnya, kami akan pastikan jarak semeter dan gunakan pelitup dan beratur mengikut tanda yang disediakan.



"Sejauh ini pelanggan kami semua patuhi peraturan jika ditegur.



"Kami juga akan terus tugaskan seorang pekerja yang ambil tempahan dan berdiri jarak semeter dari gerai kami," terang beliau.



Meskipun dengan perubahan itu, Sheik Abdul Hannan berkata strategi perniagaan yang dilakukan sebelum ini akan diteruskan juga. Misalnya, waktu pembukaan lebih awal bagi merebut pelanggan yang ke pasar lebih awal.



"Walaupun kami jangkakan pelanggan semasa makan tengah hari akan lebih rancak sikit sekarang berbanding semasa pemutus litar, kami jangkakan pelanggan pada waktu pagi akan terus ramai sebab orang ramai masih lebih selesa ke sini lebih awal.



"Jadi, kami akan teruskan waktu operasi yang bermula 9 pagi - yang kami mulakan sejak pandemik ini - berbanding 10 pagi pada hari-hari biasa," ujarnya, yang menambah bahawa penjualannya terjejas 30 peratus sejauh ini. - ATIYYAH MOHD SAID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >