Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga dari rumah dapat lebih tempahan hasil kerjasama program FSC Yishun

Jul 10, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI ibu kepada empat anak yang masih bersekolah, Cik Norgayah Yusoff, 39 tahun menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan sepenuh masa kerana beliau perlu menguruskan persiapan harian untuk anak-anaknya.



Namun, beliau yang dahulunya pernah bekerja sepenuh masa di industri perbankan dan farmasi memutuskan untuk menjadi suri rumah tangga 10 tahun lalu untuk menguruskan anak-anaknya dan berniaga dari rumah secara sambilan.



Beliau yang berminat memasak itu membuat keputusan menubuhkan perniagaan kateringnya, NY Home Style Cuisine, melalui laman media sosial dan mengambil tempahan dari kenalan dan saudara-mara.



Namun, beliau menghadapi cabaran kerana tidak mempunyai kemahiran untuk memasarkan perniagaannya untuk mendapatkan pelanggan.



Kini, beliau bersyukur kerana dapat menerima bantuan untuk perniagaannya melalui program Projek Cook anjuran Pusat Khidmat Keluarga (FSC) Yishun sejak tahun lalu.



"Dengan program Projek Cook, saya mendapat lebih banyak pesanan daripada platform aplikasi yang mereka sediakan dan ia membantu untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan saya.



"Kini saya berasa lebih berdikari dari segi kewangan dan boleh menyumbang dan membantu keluarga saya dalam perbelanjaan harian kami," kata beliau yang berharap untuk menyewa tempat di dapur pusat di masa hadapan.



Projek Cook yang kini mempunyai enam perniagaan tukang masak di rumah adalah salah satu program anjuran FSC Yishun yang bermula pada November 2021.



Ia bertujuan memberi sokongan pekerjaan bagi mereka yang memerlukannya seperti Cik Norgayah untuk mendapatkan lebih banyak tempahan memasak dan mengembangkan perniagaan mereka.



Dalam ucapannya di pelancaran rumah terbuka FSC Yishun semalam, Pengerusi Persatuan Kanak-Kanak Singapura, Encik Koh Choon Hui, berkata:



"Pandemik Covid-19 sejak dua tahun yang lalu amat mencabar bagi semua untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup baru dan di antara 2020 dan 2021, bilangan individu dan keluarga yang memerlukan bantuan dari YSC Yishun telah meningkat sebanyak 40 peratus daripada 1,092 kepada 1,544.



"Kami sangat berterima kasih kerana ramai rakan kongsi yang bekerja dengan kami di Yishun untuk menghulurkan bantuan kepada benefisiari kami," ujar beliau.



Kini, Cik Norgayah adalah di antara beberapa benefisiari yang akan berkongsi pengalaman beliau di rumah terbuka FSC Yishun sempena menyambut ulang tahun Persatuan Kanak-Kanak Singapura yang ke-70 dan akan berlangsung hingga 30 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >