Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga didenda kerana bertumbuk dengan lelaki disyaki jalin hubungan dengan isterinya

Sep 20, 2016 | 10:28 AM



SEORANG hakim daerah menjatuhkan hukuman denda, daripada penjara, ke atas seorang ahli perniagaan kerana bertumbuh dengan seorang lelaki yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.



Pihak pendakwa, yang merayu terhadap hukuman itu, menyarankan Tommy Koh Leng Theng, 36 tahun, dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga minggu kerana memukul "tidak henti-henti" walaupun selepas Encik Ho Wei Siong, 42 tahun, jatuh.



"Tetapi ada faktor yang mengurangkan keseriusan tindakan Encik Koh", termasuk "tindak balas emosi melihat Encik Ho, yang dia anggap bertanggungjawab bagi keruntuhan perkahwinannya", kata Hakim Daerah Adam Nakhoda.



Encik Ho juga bersikap "kurang ajar" apabila ditanya apakah beliau ada hubungan sulit dengan isteri Koh. Beliau menjawab: "Kalau ada, apa kau boleh buat."



Ini membuat Koh bertindak melampau, kata Encik Adam dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan minggu lepas.



Koh mengaku bersalah mengganggu ketenteraman awam apabila dia bergaduh dengan Encik Ho di Lorong 27A, Geylang pada 11 Jun 2014.



Dia juga mengaku terhadap tuduhaan tambahan, yang diambil kira ketika hukuman dijatuhkan, bergaduh dengan seorang lelaki lain yang mengurat isterinya pada 2012.



Encik Adam bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sarah Shi bahawa oleh kerana Koh sebelum ini memilih untuk bertumbuk bagi menyelesaikan perselisihan, dia khususnya harus dihalang berbuat demikian pada masa depan.



Dalam mendesak hukuman penjara, DPP Shi menunjukkan kecederaan serius yang dialami Encik Ho, termasuk lebam, melecet dan jahitan di kelopak mata kirinya.



Peguam Koh, Encik Anil Singh, berhujah kejadian itu tidak dirancang terlebih dahulu, dan perasaan Koh tidak stabil kerana perkahwinannya goyah.



Beliau menambah bahawa Encik Ho menggunakan kerusi plastik untuk memukul Koh ketika dia cuba menumbuk beliau.



Encik Ho diberi amaran keras oleh polis kerana terlibat, kata Encik Adam.



Beliau mengakui faktor memburukkan itu tetapi memutuskan "batas" yang mewajarkan hukuman penjara tidak dilintasi melihat pada fakta dan hal keadaan kes itu.



"Saya menganggap mengenakan denda maksimum $5,000 akan mencukupi untuk memenuhi keperluan pencegahan khusus," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >