Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FASA KEDUA LALUAN RENTAS PULAU (CRL)

Peniaga nantikan kunjungan lebih ramai pelanggan

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



PARA peniaga semalam mengalu-alukan rancangan membina stesen di Laluan Rentas Pulau (CRL) yang dijangka dibuka pada 2032.



Meskipun masih agak lama, peniaga seperti Cik Siti Walidah tidak sabar menantikan manfaat daripada pembukaan stesen kereta api itu.



Ini kerana peniaga yang menjual nasi padang di Pusat Makanan Ayer Rajah itu percaya peluang mendapatkan lebih ramai pelanggan untuk singgah ke gerainya, Nasi Padang Warong Pojo, kini terbuka luas.



"Stesen (West Coast) sangat berhampiran dengan pusat makanan ini dan akan membolehkan lebih ramai orang dari seluruh Singapura untuk datang berkunjung ke sini.



"Dari perspektif perniagaan, ia baik kerana kami akan dapat menawarkan jualan makanan kami kepada masyarakat yang lebih besar," ujar Penduduk Tetap (PR) yang berasal dari Indonesia itu.



Malah, ia juga memberi peluang bagi pelanggan setia beliau yang tinggal berjauhan untuk datang dan menikmati juadah yang disediakan di kedainya itu.



"Pelanggan saya yang tinggal di kawasan jauh seperti Bedok juga boleh datang ke sini secara kerap kerana masa perjalanan akan lebih singkat berbanding sekarang. Jadi, ini akan dapat meningkatkan lagi perniagaan kami di samping memeriahkan lagi suasana di sini," katanya yang pernah berniaga di kantin MDIS di Stirling Road sebelum ini.



Bagi peniaga masakan Melayu Cik Sumarni Bakar, 60 tahun, pula berpendapat bahawa adanya stesen kereta api sebegini akan memberi pelanggan lebih banyak pilihan pengangkutan untuk datang ke pusat makanan itu.



Ini kerana beliau menyifatkan kesesakan di tempat letak kereta di pusat makanan itu pada waktu sibuk akan "membuat orang fikir dua kali" untuk ke sana.



"Tidak dinafikan memang susah bagi pengguna kereta mendapatkan tempat letak kereta di sini pada waktu sibuk.



"Mungkin, pada masa akan datang ini mereka boleh datang menaiki bas atau kereta api kerana ia lebih selesa dan sangat dekat," katanya yang sudah berniaga di kedai Noor Ali lebih lima tahun di situ.



Encik Alfred Chan, 58 tahun, yang memiliki Fredo's Baker di Sunset Way, berharap rangkaian baru itu akan membawa masuk lebih ramai pelanggan.



Bagaimanapun, beliau bimbang kemungkinan kawasan itu dibangunkan semula hingga memaksanya berpindah.



Di West Coast, seorang pekedai, yang enggan namanya didedahkan, berkata beliau bimbang sewanya akan naik, dan pembinaan CRL akan memburukkan lagi kesesakan lalu lintas di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >