Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAYSIA HENTI EKSPORT AYAM

Peniaga nasi ayam bimbang kos naik

Rancang naikkan harga makanan bagi tampung kenaikan kos
May 25, 2022 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah menjejas rantaian bekalan di serata dunia menyebabkan kenaikan inflasi dan harga barang mentah.



Bagi peniaga nasi ayam seperti Cik Nina Husin, beliau menyaksikan harga bahan-bahan yang diperlukan seperti bawang dan beras terus meningkat semasa wabak itu.



Selepas satu cabaran, kini satu lagi cabaran melanda.



Kelmarin, Malaysia mengumumkan ia akan menghentikan eksport ayam segar mulai 1 Jun ini bagi menangani kekurangan ayam dan peningkatan harga ayam di negara itu.



Biarpun beliau menggunakan bekalan ayam dari Amerika Syarikat, langkah Malaysia menghentikan eksport ayam akan mengurangkan bekalan bahan itu di sini.



Ini akan menyebabkan kenaikan harga ayam di sini, kata anak kepada pemilik gerai Nasi Ayam Sambal di Pasar Geylang Serai.



"Akan ada persaingan lebih sengit dalam kalangan pegerai untuk mendapatkan bekalan ayam yang terhad memandangkan bekalan ayam dari Malaysia akan dihentikan," katanya.



Singapura mengimport sekitar 30 peratus bekalan ayam dari Malaysia.



Beliau keberatan mendedahkan jumlah ayam yang digunakan setiap bulan atau harga bekalan ayamnya sekadar berkata sekeping ayam naik sekitar 20 sen dalam tempoh lima bulan.



"Sebagai penjaja, kami mencuba sedaya upaya agar harga nasi ayam kami kekal berpatutan.



"Dengan peningkatan harga pada hampir setiap bahan mentah, susah untuk kami kekalkan harga nasi ayam kami kerana kami sudah tidak meraih untung," akuinya.



Dalam usaha mengekalkan harga, pegerai lazimnya terpaksa mengurangkan bahan dalam hidangan seperti menggunakan ayam lebih kecil atau kurangkan sayur salad.



Namun, langkah sedemikian akan mendatangkan kesan dan maklum balas negatif daripada pelanggan.



"Kami menerima maklum balas daripada pelanggan bahawa mutu kami semakin merosot kerana ayam semakin kecil, tidak ada sayur salad dan bungkusan ditukarkan daripada kotak kepada kertas."



"Kami tidak punya pilihan lagi. Jika kami gunakan kotak dan menghidangkan sayur salad, harga nasi ayam kami perlu dinaikkan, keluh Cik Nina.



Tahun lalu, gerai itu terpaksa meningkatkan harga sepinggan nasi ayam daripada $4 kepada $4.50.



Kini, Cik Nina berkata gerainya terpaksa menaikkan harganya lagi.



"Kami sudah memutuskan untuk menaikkan harga nasi ayam kami demi mengelakkan kerugian besar, tapi belum tahu bila dan berapa banyak" ulas beliau.



Cik Nina berharap gerainya dapat bertakat di sebalik kenaikan kos bahan-bahan dan tidak perlu menutup gerainya.



Sementara itu, rangkaian restoran makanan segera, KFC, berkata ia bekerjasama dengan kumpulan pembekal berbeza dan sebahagian ayam diperolehinya adalah dari Malaysia.



"Sejak berita keputusan Malaysia menghentikan eksport ayam, kami sedang menilai kesan situasi itu. Pasukan kami sedang bekerjasama dengan pembekal untuk terus menjual ayam kepada peminat kami di Singapura,'' kata jurucakap KFC, ketika ditanya The Straits Times (ST).



McDonald's, yang beberapa menunya juga termasuk hidangan ayam, enggan memberikan komen.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kabinetnya telah bersetuju untuk menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam mulai 1 Jun ini dan memansuhkan keperluan permit yang diluluskan untuk mengimport ayam dan gandum sehingga pengeluaran dan harga stabil.



Pemberhentian eksport ayam itu antara lima pendekatan segera jangka pendek yang diumumkan dalam usaha mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu.



Semalam, Malaysia menyatakan bahawa larangan eksport itu akan dilaksanakan sehingga bekalan stabil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >