Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga orak langkah buka lebih banyak kedai kopi, kedai makan

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



SEDANG ekonomi dibuka semula, dan ramai yang menyambung kegiatan di luar, banyak kedai kopi yang menikmati perniagaan yang kian rancak.



Beberapa syarikat makanan dan minuman (F&B) juga telah mengambil langkah berani untuk membuka lebih banyak kedai kopi atau kedai makan sambil memohon mendapatkan pensijilan halal.



Kedai-kedai kopi baru yang dibuka bukan sekadar menyediakan suasana menarik dan kemas yang lebih terang dan berwarna warni, malah gerai-gerainya menyajikan sajian yang pelbagai yang mesra pelanggan Muslim.



Malah salah sebuah kedai kopi yang baru dibuka turut menyediakan ruang solat khas untuk masyarakat Muslim.



Diberi nama Kedai Kopi, cawangan terbarunya yang terletak di Ang Mo Kio Avenue 4 itu menyediakan ruang solat berhawa dingin lengkap dengan tempat mengambil wuduk.



Cawangan Kedai Kopi terbaru itu adalah yang ketiga selepas Clementi Avenue 5 dan satu lagi di Haig Road menawarkan pelbagai makanan halal bagi memenuhi cita rasa pelanggan.



Ia dikendalikan syarikat Tenderfresh yang mempunyai sekitar 50 gerai halal atau sedang menantikan pensijilan halal di serata pulau di bawah pelbagai jenama.



Pengarah Urusan Tenderfresh Group, Encik Kelvin Chua, berkata pihaknya juga sedang giat buat persiapan membuka cawangan keempat Kedai Kopi di Yishun Central 1 sekitar pertengahan bulan depan.



"Sememangnya kami fokus kepada penjenamaan yang mesra Muslim bagi semua jenama kami.



"Kami akan teruskan dengan perniagaan ini memandangkan ekonomi yang sudah mula dibuka dan ramai yang kembali ke tempat kerja," tambahnya.



Permohonan bagi pensijilan halal telah dibuat namun sijilnya belum diterima.



Melihatkan respons luar dugaan bagi dua cawangan Boleh Boleh! di Clementi Mall dan East Point Mall, syarikat Fei Siong Group juga enggan ketinggalan untuk membuka cawangan ketiganya di Pusat HarbourFront dua bulan lalu.



Apatah lagi dengan khidmat feri ulang alik kembali beroperasi di sana, syarikat F&B itu melihat sambutan amat menggalakkan sejak ia dibuka dua bulan lalu.



Permohonan bagi pensijilan halal untuk beberapa gerainya telah dibuat namun masih belum diluluskan.



Pengarah Eksekutif Fei Siong Group, Encik Tan Kim Leng, berkata para pelanggan rata-rata terdiri daripada para penduduk setempat dan luar negara yang menggunakan khidmat feri untuk berulang alik ke Batam - dengan sekitar 50 peratus pelanggannya adalah Muslim.



"Kami yakin pembukaan semula ekonomi bermakna khidmat feri akan kembali rancak dan ini terbukti benar sejak dua bulan lalu," ujarnya yang dihubungi baru-baru ini.



Jenama lain di bawah syarikat itu yang menyajikan sajian halal ialah Encik Tan, Pao Pao dan Sedap Noodle.



Bagi pemilik dan pengarah syarikat Mr Teh Tarik, Encik Karry Mock, beliau masih tetap mengambil pendekatan waspada sebelum membuka cawangan terkininya.



Encik Mock berkata beliau akan membuka sebuah cawangan dalam ruang pelepasan Terminal Feri HarbourFront dan kini sedang membuat persiapan untuk membuka satu lagi cawangan terbarunya di Terminal Tiga Tempat Perhentian Teksi Lapangan Terbang Changi tidak lama lagi.



"Sejauh ini perniagaan sudah meningkat pada kadar 70 peratus berbanding sebelum wabak Covid- 19 melanda, tapi saya perhatikan kemungkinan perniagaan akan kekal pada kadar sedemikian.



"Maka pembukaan cawangan baru akan berjalan lebih perlahan pada masa kini," ujarnya.



LAPORAN SELANJUTNYA






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >