Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peniaga sumbang wang kepada anggota ISIS

Turut sebarkan fahaman ganas di media sosial, pengaruhi teman supaya sokong ISIS
Feb 16, 2019 | 05:30 AM



PENIAGA rakyat Singapura yang menetap di Malaysia, Mohamed Kazali Salleh, mempunyai hubungan rapat dengan seorang anggota militan ISIS warga Malaysia di Syria.



Siasatan pihak berkuasa menunjukkan Kazali, 48 tahun, didapati pernah membiayai perjalanan anggota militan tersebut Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin @Akel Zainal ke Syria.



Masa kini, Akel dipercayai militan ISIS warga Malaysia paling kanan di Syria dan dikenal pasti oleh pihak berkuasa Malaysia sebagai dalang di sebalik dua plot serangan berkaitan ISIS di Malaysia baru-baru ini.



Kazali juga telah mempengaruhi seorang temannya, Hazim Syahmi Mahfoot, 28 tahun, untuk menyokong ISIS.



Kazali dan Hazim merupakan dua warga Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Januari ekoran penglibatan mereka dalam kegiatan berkaitan pengganasan, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan semalam.



Menurut MHA, Kazali telah berpindah ke Malaysia dengan keluarganya ketika masih kecil lagi dan telah bekerja di Johor Bahru sepanjang sedekad lalu.



Kali pertama Kazali bertemu Akel ialah pada 2009, dan terus dipengaruhi fahaman radikal dan teori konspirasi Akel.



Kazali dipengaruhi fahaman ganas Akel bahawa Muslim mempunyai tanggungjawab ke Syria untuk menentang mereka yang menindas Muslim.



Apabila Akel memutuskan mahu ke Syria untuk bertempur pada penghujung 2013, Kazali telah menawarkan bantuan kewangan bagi lawatannya.



Bantuannya berterusan apabila Akel di Syria, dan sebagai balasan Akel sering memberinya maklumat terkini tentang keberaniannya di medan pertempuran.



Kazali percaya bantuan yang diberikannya kepada Akel akan menjanjikannya tempat di syurga sekiranya Akel mati syahid di Syria.



Kazali yang kemudian menjadi semakin radikal, mula melihat militan ISIS sebagai individu "salih" yang mempertahankan Muslim di Syria dan merata dunia.



Ekoran desakan Akel, Kazali mengambil bai'ah atau ikrar taat setia terhadap pemimpin ISIS, Abu Bakr Al-Baghdadi, yang telah disampaikan kepada Akel menerusi media sosial.



Dia juga bersetuju mahu menyertai Akel di Syria apabila Akel mengundangnya beberapa kali.



Namun Kazali tidak ke sana kerana dia belum bersedia untuk meninggalkan kehidupannya di Malaysia.



Sebaliknya, dia mula mengongsi di media sosial tentang kegiatan Akel di Syria yang berkaitan dengan pengganasan untuk memberi inspirasi kepada orang lain mengunjungi Syria.



Dia bersedia untuk mempermudahkan mana-mana individu yang mahu menyertai sengketa bersenjata Syria.



Pada Disember tahun lalu, Kazali menerima arahan daripada Akel untuk melakukan serangan terhadap pusat Freemasons di Johor Bahru, Malaysia.



Tetapi dia tidak melaksanakannya kerana takut ditangkap pihak berkuasa.



Salah seorang yang terpengaruh fahaman ganas yang disebarkan Kazali ialah Hazim, seorang pengeksport kereta bebas berusia 28 tahun yang berpangkalan di Singapura.



Hazim berjumpa Kazali pada Mei tahun lalu di Singapura.



Mereka mempunyai urusan perniagaan dan terus menjalin persahabatan peribadi.



Hazim kemudiannya telah dipengaruhi pandangan radikal Kazali.



Hazim menghormati Kazali dan dipengaruhi Kazali supaya menyertai keganasan bersenjata menentang mereka yang dianggap musuh Islam, khususnya warga bukan Muslim.



Hazim juga percaya semua Muslim berkewajipan ke zon konflik seperti di Palestin, Syria dan Myanmar untuk menentang bukan Muslim di sana.



Dia juga berbai'ah untuk kekal taat dan patuh kepada Kazali, meski ia melibatkan melakukan serangan dan membunuh orang lain.



Kazali ditahan di Malaysia oleh pegawai Jabatan Khas Malaysia (MSB) pada Disember lalu dan dihantar ke Singapura dan diserahkan kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD). Dia kemudian diberkas dan dikenakan Perintah Tahanan pada 7 Januari lalu.



Hazim pula diberkas di Singapura dan dikenakan Perintah Tahanan pada Januari lalu.



Mengulas tentang kes itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin berkata kededua lelaki itu menyokong ISIS dan menyokong keganasan bersenjata terhadap orang bukan Islam dan mereka yang dianggap musuh Islam.



"Saya mengutuk kepercayaan mereka yang kejam dan jahat - masyarakat Singapura tidak kira kaum dan agama juga menolak kepercayaan itu.



"Agama (Islam) yang damai dan indah telah diputar supaya membenarkan keganasan yang tidak masuk akal dan kejam.



" Tiada agama menerima pembunuhan orang yang tidak bersalah. Ideologi ekstremis tidak mengenal sempadan.



"Kewaspadaan adalah kunci. Memahami ajaran Islam yang benar adalah penting," kata Encik Amrin.




“Mereka menyokong ISIS dan menyokong keganasan bersenjata terhadap orang bukan Islam dan mereka yang dianggap musuh Islam. Saya mengutuk kepercayaan mereka yang kejam dan jahat – masyarakat Singapura tidak kira kaum dan agama juga menolak kepercayaan itu. Agama (Islam) yang damai dan indah telah diputar supaya membenarkan keganasan yang tidak masuk akal dan kejam. Tiada agama menerima pembunuhan orang yang tidak bersalah. Ideologi ekstremis tidak mengenal sempadan. Kewaspadaan adalah kunci. Memahami ajaran Islam yang benar adalah penting.”
– Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >