Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Peningkatan kawasan komersial HDB dipermudah

Peningkatan boleh dijalankan sekiranya 75 peratus pemilik kedai undi untuk menyokong
Jan 11, 2023 | 05:30 AM



KERJA peningkatan di kawasan komersial di kejiranan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kini boleh dijalankan sekiranya 75 peratus pemilik kedai mengundi untuk menyokong kerja peningkatan itu, berbanding 100 peratus sokongan daripada semua pemilik kedai yang diperlukan sebelum ini.



Ini selepas Parlimen meluluskan pindaan kepada Akta Perumahan dan Pembangunan semalam.



Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, berkata langkah itu juga sejajar dengan program kerja peningkatan HDB bagi flat perumahan, dengan Program Peningkatan Rumah (HIP) misalnya boleh dijalankan sekiranya 75 peratus penduduk mengundi untuk menyokong langkah tersebut.



Tambahnya, kebanyakan persatuan pedagang yang didekati pemerintah turut menyokong langkah itu.



"Berdasarkan pengalaman kami dengan kerja peningkatan bagi flat perumahan, kami yakin ini merupakan pendekatan adil yang mengimbangi antara apa yang diinginkan pihak berkepentingan dengan keperluan menyuntik nafas baru kepada kejiranan kita," ujar Cik Sim.



Dalam perundingan mereka, beliau berkata banyak perusahaan juga meminta untuk mengurangkan jumlah yang perlu mereka bayar bersama bagi kos peningkatan oleh pemilik kedai yang sekarang ini ditetapkan pada 20 peratus, hingga $5,000.



Di bawah Skim Merancakkan Kedai (ROS) yang diperkenal HDB pada 2007, HDB membiayai bersama kerja peningkatan di ruang awam di bandar HDB atau pusat kejiranan.



Antara kerja yang dijalankan termasuk memasang jubin baru di koridor dan bidai serta kerja landskap.



"Untuk menyokong perusahaan kejiranan dalam usaha pembaharuan mereka, kami sedang mengkaji bagaimana untuk mempertingkat lagi struktur pembiayaan bersama, termasuk mengurangkan jumlah yang perlu dibayar bersama oleh pemilik kedai," ujar Cik Sim sambil menambah bahawa butiran lanjut akan diberikan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS).



Semasa Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan HDB mendekati persatuan pedagang dan pemilik kedai sebelum ini, beliau berkata kebanyakan mereka meluahkan bahawa keperluan mendapatkan sokongan 100 peratus daripada pemilik kedai bagi menjalankan kerja peningkatan di bawah ROS adalah terlalu ketat.



Ini antara lain menyebabkan kerja peningkatan itu tidak dapat dijalankan walaupun hanya sebilangan kecil pemilik kedai tidak menyokong peningkatan tersebut.



Malah tambahnya, beberapa persatuan pedagang berkata sesetengah pemilik kedai tidak mahu kerja peningkatan itu kerana mereka telah menyewakan unit kedai itu sepenuhnya kepada pihak lain dan bukan mengendali kedai itu sendiri.



"Malangnya, jika peningkatan tidak dijalankan, sekitaran fizikal di kawasan kelompok kedai itu akan menjadi kurang menarik kepada pelanggan.



"Sebaliknya, pembaharuan kepada sekitaran fizikalnya bermanfaat bagi semua pihak, dengan penduduk boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih baik manakala pengendali kedai pula boleh menikmati lebih ramai pelanggan," ujar Cik Sim.



Cik Cheryl Chan (GRC East Coast), Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) dan Encik Henry Kwek (Kebun Baru) bertanya sama ada HDB boleh menghasilkan konsep reka bentuk awal untuk menunjukkan kerja peningkatan yang diusul serta memberi maklumat kepada pemilik kedai sebelum mereka mengundi untuk menyokong kerja peningkatan itu atau tidak.



Cik Sim berkata selepas tapak yang dipilih diumumkan dan Jawatankuasa Bekerja Tempatan (LWC) dibentuk, jawatankuasa itu akan bekerjasama dengan konsultan untuk menghasilkan konsep reka bentuk awal bagi kerja peningkatan itu.



Sebelum pengundian, pemilik kedai juga akan dimaklumkan tentang skop penuh peningkatan yang diusul supaya mereka boleh membuat keputusan yang termaklum.



Encik Louis Chua (GRC Sengkang) turut bertanya sama ada HDB akan mempertimbang membiayai kos kerja peningkatan di kawasan awam itu sepenuhnya.



Menarik perhatian bahawa kerja peningkatan itu bertujuan mempertingkat pengalaman pembeli-belah dan menarik lebih ramai pengunjung yang akan mendorong perniagaan lebih baik bagi pemilik kedai, Cik Sim berkata adalah wajar bagi pemilik kedai membiayai kos kerja peningkatan itu bersama HDB.



Tambahnya, HDB membiayai bersama jumlah yang besar kerana mereka akur bahawa kedai HDB juga wujud sebagai kemudahan bagi penduduk.



"Namun, tidak dinafikan bahawa terdapat kepentingan komersial dan oleh itu, kami yakin pembiayaan bersama adalah wajar," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >