Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penipuan cinta Internet: Wanita 22 tahun ditangkap polis

Apr 08, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita berusia 22 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penipuan cinta di Internet, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) pada awal minggu ini.



Seorang wanita berusia 21 tahun berkawan dengan wanita itu di wadah media sosial dan menjalin hubungan dengannya.



Mangsa menyangka wanita berusia 22 tahun itu seorang lelaki.



Suspek itu mendesak mangsa untuk membelikannya hadiah dan kredit untuk bermain permainan video.



Pada 4 Februari, polis menerima aduan mengenai penipuan itu dan selepas mengenal pasti suspek, menangkapnya pada Selasa lalu.



Siasatan sedang dijalankan, kata polis.



Bulan lalu, polis berkata lebih 300 orang sedang disiasat kerana terlibat dalam penipuan melibatkan $7.3 juta.



Seramai 313 orang - 214 lelaki dan 99 perempuan - berusia antara 16 tahun dengan 75 tahun dipercayai terlibat dalam 561 kes penipuan.



Ini termasuk kes penipuan cinta, atau love scam, di Internet, dan mereka yang menyamar sebagai pegawai dari China, penipuan perdagangan elektronik, wadah perjudian palsu dan pinjaman.



Mereka ditangkap selepas tujuh divisyen polis bekerjasama dengan Jabatan Ehwal Komersial (CAD) untuk mengadakan operasi dua minggu antara 13 Mac dengan 26 Mac lalu.



Suspek yang ditangkap sedang disiasat bagi kesalahan menipu, mengubah wang atau menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen.



Perbuatan menipu membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda.



Mengubah wang pula membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda tidak lebih $500,000 atau kededua hukuman.



Kesalahan menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen pula membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih $125,000, atau kededuanya.



Polis mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menjalin hubungan dengan orang tidak dikenali dalam talian dan berwaspada apabila menghantar wang atau hadiah kepada orang tidak berapa dikenali atau jika mereka tidak pernah bertemu.



Polis juga mengingatkan orang ramai supaya menolak sebarang permintaan daripada orang lain untuk menggunakan akaun bank mereka atau nombor telefon bimbit, supaya tidak dianggap bersubahat dalam jenayah.



Jika akaun bank atau nombor telefon bimbit boleh dihubungkan dengan jenayah, pemilik akaun atau nombor telefon itu akan dipertanggungjawabkan.



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penipuan sedemikian dinasihati supaya menghubungi hotline polis di 1800-255-0000 atau membuat aduan di dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >