Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KESELAMATAN SINGAPURA 2021

Penipuan maya meningkat mendadak

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH kes penipuan maya sedang meningkat secara mendadak dan menjadi satu keprihatinan, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Ini sedang penipu cuba terus mengubah taktik mereka dan warga Singapura melakukan lebih banyak kegiatan dan urus niaga secara dalam talian, kata MHA dalam laporan mengenai keselamatan Singapura bagi 2021.



MHA berkata penipuan pekerjaan, perdagangan elektronik, pelaburan dan pancingan data kekal menjadi keprihatinan khusus.



Bahkan penipuan pekerjaan membentuk jumlah kes penipuan tertinggi.



Manakala penipuan pancingan data berkaitan perbankan menyaksikan kenaikan ketara dari segi jumlah kes dan jumlah wang yang dicuri.



Perangkaan Jenayah tempoh separuh pertama 2021 Pasukan Polis Singapura Ogos lalu melaporkan penipuan hutang, penipuan e-dagang, penipuan pelaburan dan penipuan pekerjaan adalah jenis penipuan membimbangkan kerana ia membentuk lebih 54.8 peratus daripada 10 jenis penipuan tertinggi yang dilaporkan.



Jumlah kes penipuan pekerjaan bagi separuh pertama 2021 misalnya, melonjak lebih 16 kali ganda berbanding tempoh yang sama pada 2020.



Perangkaan jenayah terkini SPF secara terperinci akan dikeluarkan tidak lama lagi.



MHA turut mengetengahkan beberapa trend jenayah lain yang menjadi keprihatinan, antaranya kesalahan seksual, seperti mencabul kehormatan dan perbuatan mengintai.



MHA berkata kebanyakan kes cabul kehormatan dan mengintai itu melibatkan pesalah dikenali mangsa.



MHA juga prihatin tentang peningkatan nahas jalan raya hingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah melibatkan penunggang motosikal dan basikal.



Ini termasuk kemalangan melibatkan memandu dalam keadaan mabuk, memandu melanggar lampu isyarat merah dan kemalangan disebabka memandu secara laju.



"Ini boleh dikaitkan dengan lebih banyak kegiatan dimulakan semula pada 2021 berbanding 2020," kata MHA



Selain itu, bilangan kemalangan trafik yang membabitkan penunggang motosikal dan pejalan kaki warga emas hingga menyebabkan maut atau kecederaan menyumbang sebahagian besar jumlah kes walaupun bilangan kemalangan trafik melibatkan pejalan kaki warga emas telah berkurangan secara keseluruhan.



MHA berkata, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pula menyaksikan kenaikan jumlah panggilan ambulans tahun lalu, manakala Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyaksikan kenaikan penyeludupan barang terlarang menerusi penghantaran udara dan bungkusan, sejajar kenaikan e-dagang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >