Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara 3 bulan bagi lelaki beri tailong kawal akaun bank

Jun 06, 2023 | 05:27 PM



SEORANG pekerja penghantaran makanan yang kaki judi meminjam $3,000 daripada tailong dan melepaskan kawalan tiga akaun banknya kepada pemiutang itu.

Langkah itu diambil sebagai pertukaran untuk mengurangkan pinjamannya sebanyak $500 bagi setiap akaun.

Antara kesalahannya, Alvin Phua Khian Tat memohon akaun bank OCBC dan mendakwa sebagai pengendali tunggalnya, sedangkan sebenarnya dia berbuat demikian untuk membenarkan Darren – nama pemberi pinjaman wang tidak berlesen itu – untuk mengawalnya.

Tanpa mendedahkan butiran, Timbalan Pendakwa Raya, Encik Joseph Gwee, berkata akaun itu kemudiannya digunakan untuk penipuan yang dilakukan di Singapura.

Pada Selasa, Phua, 25 tahun, yang tidak terlibat dalam penipuan tersebut, dihukum penjara tiga bulan selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan termasuk bekerjasama dengan Darren untuk menipu bank OCBC.

Pada awal 2022, Phua dibelenggu hutang apabila dia meminjam $3,000 daripada tailong itu. Dia turut diganggu apabila gagal membayar balik jumlah tersebut.

Darren kemudian memberitahu Phua bahawa sebagai ganti pembayaran balik, Phua boleh memberinya akses kepada akaun bank bagi menggantikan faedah yang ditanggung.

Phua, yang ditawarkan pengurangan sebanyak $500 daripada pinjamannya yang tertunggak untuk setiap akaun yang diberikan kepada Darren, bersetuju dengan cadangan tersebut.

Phua kemudian membuka akaun dengan OCBC yang memberinya barangan termasuk kad ATM.

Tidak lama kemudian, Phua meninggalkan kad ATM itu di tangga sebuah blok di Sengkang untuk Darren ambil.

Phua turut berkongsi maklumat perbankan dalam talian dan nombor pengenalan peribadi (PIN) miliknya yang dipautkan ke akaun itu dengan tailong tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >