Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjimatan besar bagi pelanggan di FairPrice dalam promosi

Pelanggan raih penjimatan lebihi $245,000 sejak program Stretch Your Dollar diperkenalkan
Oct 26, 2022 | 05:30 AM



PELANGGAN yang membeli barangan dapur di pasaraya FairPrice berupaya meraih penjimatan lebihi $245,000 dalam tempoh tiga bulan pertama sejak program 'Stretch Your Dollar' (Berhemat Semasa Berbelanja) diperkenalkan pada Februari 2022.



Ketua Pegawai Perolehan FairPrice Group, Encik Tng Ah Yiam, berkata program ini menawarkan diskaun sebanyak lima peratus pada setiap Jumaat bagi sebuah bakul yang merangkumi 100 barangan keperluan utama yang boleh diperolehi di semua cawangan FairPrice dan di dalam talian FairPrice.



"Tujuan program ini adalah untuk membantu para pelanggan menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin bertambah mencabar ekoran pandemik Covid-19," kata Encik Tng kepada Berita Harian.



Menurutnya ini adalah antara usaha FairPrice sebagai sebuah perusahaan sosial membantu menyederhanakan kos sara hidup dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat.



"Komitmen sosial ini merupakan matlamat strategik utama bagi keseluruhan pertubuhan yang memisahkan FairPrice daripada pesaing mereka.



"FairPrice berusaha keras untuk memastikan harga berkemampuan untuk pelanggan kita.



"Sementara harga untuk makanan telah meningkat secara keseluruhan, kami berusaha memastikan agar barangan keperluan kekal dimampui buat pelanggan dengan menggunakan pendekatan pelbagai serampang," kata Encik Tng.



Menurutnya pelanggan kini masih boleh mendapat nilai terbaik semasa berbelanja barangan dapur di FairPrice.



FairPrice baru-baru ini telah melancarkan satu inisiatif yang membolehkan pelanggan mendapat nilai lebih tinggi setiap hari semasa membeli barangan di pasaraya FairPrice atau dalam istilah bahasa Inggeris, 'Greater Value Every Day'.



Antara inisiatif ini merangkumi skim 'Everyday Low Price' (Setiap Hari Harga Rendah), di mana harga untuk 50 barang terpilih daripada melebihi 500 barangan keperluan harian popular ditetapkan, setiap bulan.



Ia juga menawarkan diskaun mingguan untuk barangan dengan diskaun sehingga 50 peratus di bawah skim baru yang dipanggil 'Price Drop Buy Now' (Harga Turun Beli Sekarang).



Selain daripada itu, wadah 'Save Even More' (Lebih Jimat Lagi) membolehkan pelanggan menikmati lebih penjimatan jika mereka mempunyai kad Generasi Perintis (PG), Generasi Merdeka (MG) atau Chas biru serta menawarkan diskaun untuk warga tua dan diskaun "Stretch Your Dollar" sebanyak lima peratus dari Isnin hingga Jumaat.



Skim diskaun diadakan pada hari berbeza sepanjang minggu.



Anggota Kesatuan NTUC dan Link juga boleh mendapat mata Linkpoints bagi pembelian barangan dapur dari Isnin hingga Ahad.



Pelanggan FairPrice, Cik Haslinah Mohd Maulane, 59 tahun, yang merupakan pentadbir pejabat berkata beliau telah mendapat banyak manfaat dari skim-skim yang diperkenalkan oleh FairPrice dan mampu berjimat ketika harga barangan meingkat dan inflasi.



Beliau yang merupakan pelanggan setia FaiPrice sejak 20 tahun lalu berkata:



"Saya ada kad NTUC untuk memperolehi rebat dan kad Chas biru boleh mendapat diskaun sehingga tiga peratus.



"Setiap hujung tahun, saya dapat rebat hampir $100 dan saya akan gunakan rebat itu semasa membeli barang di FairPrice," kata Cik Haslinah.



Laporan lanjut: Pelbagai tawaran menarik di FairPrice




“Tujuan program ini (Stretch Your Dollar) adalah untuk membantu para pelanggan menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin bertambah mencabar ekoran pandemik Covid-19.”
- Ketua Pegawai Perolehan FairPrice Group, Encik Tng Ah Yiam.



“Saya ada kad NTUC untuk memperolehi rebat dan kad Chas biru boleh mendapat diskaun sehingga tiga peratus. Setiap hujung tahun, saya dapat rebat hampir $100 dan saya akan gunakan rebat itu semasa membeli barang di FairPrice.”
- Pelanggan FairPrice, Cik Haslinah Mohd Maulane, 59 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >