Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjual ayam ambil pendekatan berhati-hati

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



PENJUAL ayam mengambil pendekatan berhati-hati kerana tidak pasti tentang bilangan ayam yang bakal dieskport dan juga harga ayam yang akan dijual kelak.



Ini setelah kerajaan Malaysia mengumumkan langkah menarik balik larangan eksport sementara ke atas ayam hidup mulai hari ini.



Ketika ditemui di Pasar Geylang Serai semalam, pemilik Hashim Abbas Supplier of Fresh & Frozen Chicken & Meat di Pasar Geylang Serai, Encik Hashim Abbas berkata beliau juga telah mendapat berita tersebut daripada pembekal ayamnya di Malaysia kelmarin.



Meskipun gembira dengan berita tersebut, peniaga berusia 73 tahun itu berkata beliau akan mengambil pendekatan berhati-hati.



"Saya akan memesan jumlah ayam segar yang lebih kecil kerana tidak berani mengambil tempahan yang banyak. Saya cuba dulu, dan lihat respons pelanggan. Jika baik, dengan perlahan boleh meningkat lagi pesanan ayam segar.



"Lagipun ayam segar tidak bertahan lama berbanding ayam beku. Sebaik sahaja ayam segar dapat dijual, saya akan menjual kedua-dua ayam segar dan beku. Ayam beku lebih bertahan dan pelanggan juga sudah mula biasa dengan ayam beku," ujarnya.



Sebelum larangan eksport ayam itu, Encik Hashim akan menempah sekitar 50 kilogram ayam sehari untuk dijual.



Beliau kini merancang memesan lebih kurang 40 kilogram ayam segar untuk dijual.



Dalam pada itu, beliau juga jangka bahawa harga ayam tidak akan turun.



"Dalam pengalaman saya berniaga ayam selama 53 tahun, selepas harga sudah naik, ia susah untuk turun kembali. Saya harap pelanggan juga akan cuba memahami keadaan kami dalam menjual harga ayam yang kian meningkat," tambah beliau.



Bagi Encik Selamat Osman yang mengendalikan gerai The Meat House di 538 Bedok North Street 3 pula, beliau khuatir harga ayam segar yang akan dijual pembekal ayamnya.



Walaupun gembira dan menyambut baik berita eksport ayam segar, beliau masih menunggu harga terkini oleh pembekal ayamnya di Malaysia.



Sebelum Malaysia melarang eksport ayam, harga ayam hidup dijual antara $7 hingga $10 bergantung kepada saiz.



Beliau harap harga eksport ayam segar itu tidak terlalu tinggi.



"Walau bagaimanapun, saya akan tetap menjual ayam segar dengan kelonggaran larangan walaupun jika ia lebih mahal kerana pelanggan ramai meminta ayam segar," katanya kepada BH.



"Saya harap dengan penjualan ayam segar, perniagaan kami akan kembali pulih," rintih beliau yang perniagaannya merosot sekitar 80 peratus sejak Malaysia melarang eksport ayam pada Jun.



Kakitangannya juga telah dikurangkan kepada empat orang daripada enam pekerja.



Antara faktor lain yang membimbangkan perniagaan bagi penjual ayam gerai Nazneen Meat House, di Pasar Clementi West pula adalah berkaitan had bilangan ayam segar.



Apabila dihubungi BH semalam, pembantu gerai dan anak pemilik Nazneen Meat House, Cik Nazneen Khaja, berkata:



"Kami tidak pasti sama ada akan ada had bilangan ayam segar buat masa ini. Mudah-mudahan ini akan membolehkan jualan untuk terus meningkat, kerana perniagaan juga telah menurun sejak larangan eksport tersebut."



Nazneen Meat House akan terus menjual ayam beku.



"Kami harap dapat menjual lebih ayam segar kerana pelanggan di kawasan kami nampaknya lebih suka ayam segar," tambah beliau.



Cik Nazneen turut berkata bahawa mereka telah cuba menjual ayam segar Indonesia namun ia tidak laris dijual kerana diberitahu bahawa tekstur ayam lebih kenyal.



"Pada masa itu, kami menerima ayam seberat 2 kilogram dan dengan permintaan tinggi untuk ayam segar pada tempoh tersebut, harga ayah mencecah hampir $30 seekor. Oleh kerana tidak dapat terus menjualnya, kami berhenti mengambil bekalan tersebut," kongsi beliau, berusia 22 tahun.



Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengharamkan eksport sehingga 3.6 juta ayam dari 1 Jun dalam usaha untuk menangani isu-isu bekalan dan harga ayam di negaranya.



Larangan itu dilaksanakan berikutan aduan kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam, dengan beberapa peniaga menjual ayam dengan melebihi siling harga bagi menampung kos mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >